Wednesday, April 22, 2009

tornado melanda

sekarang ni rumah saya sedang bersepah.

penuh dengan kotak-kotak 32" x 32".
baju bergantungan di merata tempat.
laptop printer dah macam kat cybercafe.
pinggan mangkuk nak makan dah takda.


semuanya kerana kami akan berpindah.
untuk membenarkan proses renovation mengambil tempat.



sudah lama sebenarnya kami ingin mengubah suai rumah kami ni, tetapi pelbagai halangan, dugaan, masalah yang kami hadapi.
dan, alhamdulillah, kini segalanya seperti akan berlaku.



yang bestnya mengemas rumah ni, semua buku saya dah jumpa balik.


YEEHAWW!!

harta karun sebenar.
buku-buku kesayangan saya.

No comments: