untuk pengetahuan semua, beberapa hari yang lepas, saya seperti bergaduh/putus dengan en. nasir.
tidak terkata apa yang saya rasa ketika itu.
perlukah saya bercerita tentang bagaimana ia berlaku?
ok, saya nak cerita (percayalah, ianya sukar bagi saya).
aritu (saya sudah tak ingat bila), en. nasir dan saya menonton wayang 'definitely, maybe' dgn mama, nana, fidah dan fifi. kami happy, kerana sebelum itu juga, kami sudah berjalan2.
tiba di penghujung cerita, ada satu scene di mana heroin melompat ke atas si hero.
dan en. nasir tergelak, lalu berkata kepada saya, "kamu jgn plak nak buat mcm tu kat saya". saya jawab, "tak hingin". ketika itu, saya cuba untuk buat2 tenang, tapi sebenarnya ketika itu juga saya dah rasa nak marah, sedih.
dan sepanjang perjalan pulang ke rumah, dari keluar wayang, saya sudah seperti tiada mood.
saya nak tanya, apakah respon terbaik untuk ayat seperti itu?
entahlah, mungkin saya je yang emosional. tapi, perkara itu terus mengingatkan saya kepada beberapa lagi komen2 'lawak' en. nasir tentang badan saya (serious saya tak kisah, tapi ini datang dari org yang kita kaseh, jadi saya jadi kisah).
perlukah saya bercerita tentang komen2 itu?
ok, saya nak bercerita (percayalah, ianya sukar bagi saya).
malaslah pulak. sebab byk sangat. whatever.
berbalik kepada cerita saya.
bila en. nasir msg mengatakan dia sudah sampai rumah, saya mula berbuat perangai (mengikut kata en. nasir), tapi saya rasa itu hanyalah respon seorang yang dah kecewa dengan org yg dikasihi.
yang pasti, ayat dia, "nak clash sgt, clashlah". kemudian dia off handphone.
sekali lagi saya sudah kecewa, sedih, marah.
saya cuba untuk menelefon dia, tapi hanyalah suara wanita yang mengatakan something like "sila telefon balik".
ketika itu, saya benar2 fikir saya sudah putus dgn en. nasir. sedih, tapi saya lega. saya sudah tidak mahu lagi mendgr komen2 'lawak' dr dia. saya fikir, jika inilah tuhan rasa kebaikan saya, saya bersyukur.
kemudian, esoknya, dia call. menanyakan kenapa saya call byk kali semalam.
*mengeluh berjuta kali hebat*
tidak kah dia paham yang saya sedih, kecewa, marah? 3 perasaan saya ketika itu. kemudian telefon untuk bertanya itu sahaja? en. nasir, lebih baik kamu tidak payah call langsung.
ketika itu, saya fikir, bagus juga saya sudah putus dgn dia ni, yang tidak reti perasaan saya.
one thing led to another, kami kembali seperti biasa. tapi apakah biasa itu?
entahlah, saya sendiri tidak pasti tentang masa depan kami. yang pasti, masa sekarang kami masih elok. tapi saya sudah sedikit trauma, sedikit phobia. terhadap apa? terhadap melepaskan segala tembok di sekeliling saya. mempercayai org lain.
percayalah, disakiti oleh mereka yang kita sayang lebih teruk dari disakiti oleh musuh kita.
saya harap, saya akan lebih bahagia, tidak kiralah dengan siapa pun. bahagia itu memang ubat segala penyakit.
No comments:
Post a Comment