semalam saya keluar dgn en. nasir (dah berapa kali agaknya saya mula dgn ayat itu?). mula2 planning untuk ke klcc (sebab mama ada season parking, jadi tak payah byr), tapi, tanpa saya tahu, mama kerja sabtu tu. so, there goes the season parking.
jadi, kami tukar plan untuk ke the curve. sebabnya, saya mau mencari buku 'eat, pray, love', jadi kami fikir mph the curve would do it. dan juga, kawan en. nasir minta tolong dihantar ke stesen bas duta.
sebelum itu, kami ingat mahu makan di kedai di area rumah en. nasir. en. nasir pernah bawa saya sebelum ini, dan ianya memang first class. tapi, disebabkan miscommunication, which seems to be happening a lot nowadays between us, kami 'ter' ke one utama (yang saya menyampah, jgn tanya kenapa).
di o u, kami makan di food court, kononnya masing2 nak jimat cermat. as usual, saya, being a boring person, memilih untuk makan 'claypot chicken rice'.
selesai makan, kami ke topshop (yang tidak dalam plan).
damn, mid season sale la pulak.
memandangkan pagi itu, saya baru dapat duit dr babah, saya bercadang untuk membeli sesuatu di topshop.
OMG!
(kan dah jadi perempuan gedik)
saya memang excited nak cari baju baru. en. nasir juga begitu, walaupun en. nasir tidak mahu mengaku.
akhirnya, setelah lebih kurang 45 minit di situ, saya membeli 2 baju baru, manakala en. nasir pula membeli 2 t-shirt. saya juga telah membelikan en. nasir sehelai kemeja, sebagai hadiah harijadi (dah lama janji nak cari).
saya juga dapat satu kad f3 yang baru (selama ni asyik guna kad fifi, sampai dia dah sampuk).
selesai bershopping di topshop, kami ke mph. malangnya buku yang saya mahu itu tiada (tak paham kenapa takda).
selesai, kami ke rumah en. nasir, sementara menunggu kawan en. nasir tiba.
tepat pukul 6.15, kami bertiga ke stesen bas duta. nasib baik dekat.
kemudian, en. nasir dan saya ke rumah, ambil tiket parking klcc, dan terus ke klcc untuk membeli buku. kami telah ke kinokuniya (kedai buku paling best), bayar buku itu, terus pulang. nak cepat sebab manchester united lawan chelsea pukul 7.45.
kami terus ke studio 5 untuk menonton, sambil makan dinner. malangnya, m u telah kalah (whatever, tak luak pun kalah tu).
ada satu lines man yang fak. dia kelihatan seolah nak makan semua pemain m u, entah kenapa. ke dia geram tgk ronaldo, sbb dia gay, mungkin. yang pasti, dia sux (paragraf ini semata untuk mengutuk lines man yang penuh dgn taik/full of shit itu).
kemudian, kami pulang. en. nasir kelihatan sudah mengantuk.
saya mandi, kemudian tidur sambil membaca buku yang br dibeli.
happy. sangat happy. en. nasir hebat.
No comments:
Post a Comment