Wednesday, April 2, 2008

hari minggu itu

saya dan fifi telah ke penang dengan bas sabtu lepas. tujuan kami ke sana adalah untuk mengikut nana membeli hadiah harijadi (babah mengatakan dia mahu kami ke sana).

ketika kami tiba di stesen bas sungai nibong, nana sudah menunggu. babah ketika ini, baru bertolak dari kelantan (dia mempunyai kerja di sana).

kami terus ke night market batu feringghi, untuk berjalan2. kami telah membeli banyak cd lagu (semuanya cetak rompak, maaf ye). sy gembira. saya fikir, bolelah saya letak cd itu semua di dalam myvi, kerana selama ini kami asyik mendengar kings of leon sahaja.

kemudian kami pulang, mahu mengajak babah dinner. tapi dia memberitahu yang dia sudah dinner. jadi kami ke kedai yang memang selalu kami pergi. saya meminta nasi goreng pataya, fifi meminta nasi goreng usa, nana pula meminta kuey tiaw hong kong. kemudian kami tapau sekali kuey tiaw hailam. keseluruhannya berharga rm 15.50. saya terperanjat, kerana ianya begitu murah (memang kedai ini suka jual murah2, tu sebab kami suka ke situ).

pulang, kami tido.

esoknya, kami ke gurney plaza, untuk membeli handphone untuk nana. kemudian babah bertanya jika saya juga mahu handphone baru. jadi, saya memilih untuk membeli nokia 5610. kemudian kami berjalan2 di situ. selesai kami pulang.

kemudian kami pergi bermandi manda di swimming pool (tak nak mandi laut, sebab nanti badan gatal2, air dia kurang bersih).

selesai, kami bersaip untuk pulang.

kami makan kfc untuk dinner.

tiba di rumah, kami kepenatan, lalu tido.

No comments: