Monday, March 31, 2008

pasar dan futsal yang tak kesampaian

jumaat yang lepas telah berjumpa dengan en. nasir, kononnya untuk pergi ke pasar malam bersama, tapi, Allah lebih tahu, jadi ketika itu, kenderaan sungguh banyak, sehingga kami berdua terstuck di ampang.

damn. terstuck di situ sahaja sudah 20 minit (atau lebih).

kami jadi kelam kabut kerana en. nasir ada temujanji untuk bermain futsal, pada pukul 9 malam. ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

tiba di pasar, tiada parking, jadi en. nasir mencadangkan agar saya sahaja yang turun, sementara en. nasir menanti di dalam kereta, bimbang jika bas akan tiba (kami parking di tempat bas berhenti).

saya dengan cepatnya membeli kebab (saya sudah lama teringin memakan kebab) serta air kelapa untuk en. nasir, dan air mata kucing untuk saya. kemudian, saya membeli juga keropok lekor (yang hanya tepung sebenarnya), serta gula-gula kapas.

semuanya selesai tepat pukul 9 malam. jadi, en. nasir telah membawa dengan lajunya, dengan harapan untuk sempat bermain.

sekali lagi, Allah lebih tahu, kami sesat (lebih kepada en. nasir sesat, kerana dia seolah tahu jalan).

kami tiba lewat. en. nasir hanya berada di court futsal itu selama 5 minit.

selesai futsal, kami melepak, kemudian ke uptown damansara untuk makan malam. saya dan en. nasir makan char kuey tiaw. pedas sehinggakan en. nasir pening2.

kami pulang ke rumah, dan kelihatan fidah dan shimi sedang melepak. kemudian en. nasir ingin mentransfer gambar yang diambil di futsal tadi ke laptop saya. jadi kami terpaksa tunggu sebentar untuk mencaj laptop saya itu.

sementara itu, kami melepak di luar rumah saya, sambil menjadi hidangan nyamuk sial. fidah dan shimi pula melepak di dalam rumah.

selesai mentransfer gambar, en. nasir pulang.

saya juga tidur sejurus itu, kerana jam sudah menunujukkan pukul 4 pagi, dan saya penat.

No comments: