apa aktiviti saya hari ini? hari isnin ini?
saya bgn pukul 11 lebih. tgk handphone, ada 5 msg.
2 dr en. nasir. 1 dr leanne, 1 dr lizard, 1 dr zatil.
msg dr en. nasir itu lebih kepada mengreply msg saya malam semalam, sblm saya tidur. msg dr lizard pula, mangatakan bahawa dia br sahaja selesai melahirkan seorang baby boy! msg dr dua kawan saya yg lain pula, tentang plan untuk melawat lizard.
saya dgn zatil plan untuk melawat lizard esok, pagi, di rumah nya di damansara. jadi, saya harus berjumpa dgn zatil di ktm komuter.
leanne pula, saya katakan hari minggu ini saya tidak bole pergi melawat lizard kerana saya akan bercuti di redang. jadi saya katakan kepada dia, bahawa kawan2 kami yang lain akan melawat lizard pada hari sabtu, dan sekiranya terdapat persoalan, saya katakan, dia haruslah meng'contact' abo.
lagi?
saya telah mencuci kasut clarks mama (confirm saya ialah seorang procastinator, sila klik cerita ini), yang dr dulu saya janji untuk cuci.
saya juga telah mencuci ipanema kesayangan saya, purse liz clairborne juga guess saya.
formula cucian saya? sabun max kleen serta sedikit clorox. cara cucian? rendam selama setengah jam, berus, bilas, kemudian rendam lagi setengah jam. hasilnya? satu ipanema yang bersih, liz yang lebih cantik, serta guess yang semakin lawa.
akhirnya, dapat juga saya cuci segalanya. en. nasir bising, mengatakan liz dan guess saya kotor. hahaha, dah cuci dah, en. nasir.
saya juga telah membalut buku 'travel activity book' fifi (saya memang suka membalut buku, walaupun buku org lain), juga membalut satu doa yang sentiasa dalam purse saya.
doa apa?
tentang doa ini, kawan saya yang beri kepada saya, ketika di matrikulasi dulu.
kenapa?
dr sekolah menengah hinggalah ke matrikulasi, saya asyik kehilangan barang. baju, baju dalam, baldi, sepit, buku, segalanya. dan doa itu adalah untuk membantu saya tidak kehilangan brg lagi.
adakah doa itu berjaya?
alhamdulillah, saya tidak kehilangan barang lagi.
saya juga sambung membaca buku yang saya br beli. tentang buku ini, akan saya ceritakan di masa lain, kerana saya belum selesai membaca.
dah maghrib, saya nak mandi.
No comments:
Post a Comment