dah lama sebenarnya nak tulis di muka surat ini. entahlah, kenapa sentiasa terasa seperti malas untuk menaip. mama memang betul lah, atau mungkin mama selalu mengatakan nya, sehingga ia benar2 terjadi (seperti sumpahan). saya memang seorang yang suka melengah-lengah. suka procastinate.
bodohkan?
sepatutnya saya kena lebih menghargai setiap yang berlaku dalam hidup. ni, suka nak melengah-lengah. suka berfikiran, 'tidak apa'. suka lihat sesuatu itu dengan remeh.
dah lama nak berubah, tapi masih begini. mungkin kerana saya tiada motivasi untuk berubah. mungkin kerana selama ini, hidup saya mudah. mama dengan babah pun tak pernah nak menyumpah seranah saya.
jadi, apa yang boleh buat saya berubah agar tidak procastinate lagi?
jawapannya, tiada lagi jaring selamat yang akan menyambut saya apabila saya jatuh.
saya benar2 ingin berubah. tapi, untuk apa? untuk lebih cepat? lebih kelam kabut?
saya benci kehidupan pantas. kalau bole, saya nak tinggal kat remote place, lepas tu buat apa yang saya suka. nak bogel dalam rumah pun bole. internet dah takde masalah dah. sekarang dah ada usb internet (atau sesuatu seperti itu). jadi, bukankah kehidupan di tempat2 terpencil itu mungkin?
(sebenarnya apa yang saya dah merepek ni?)
entahlah. mungkin saya sedikit kecewa dan menyampah untuk tinggal di kl. jalan raya yang sesak. pencemaran yang semakin menjadi2. alam semula jadi yang hampir pupus. penyakit kronik yang disebabkan oleh stress bekerja.
aduhai. celake betul lah duit babi tu.
No comments:
Post a Comment