saya keluar dengan kawan2 saya ahad itu. baayah, shima dan jiejah. mula2 ingin melawat mak cha (dia operate mata, because of catarac? rasanyalah). tapi, tak jadi, because orang yang beriya-iya nak melawat tu ada hal (lizard kena hantar adik dia pergi plkn).
jadi, kami bercadang untuk ke the curve (sebenarnya lebih kepada shima yang bercadang, kami yang lain seperti biasa, tidak kisah). shima teringin untuk ke bazaar di the curve.
kami berpusing2 di situ, tapi, kelihatan seperti tiada apa yang menarik, tambahan dengan harga yang tinggi setinggi gunung kinabalu, jadi kami tidak membeli apa2.
kemudian, en. nasir tiba (en. nasir menelefon saya tadi, bertanya di manakah saya).
kemudian kami bercadang untuk makan. kami memilih 'rojak-rojak'.
boleh tahan makanannya, tapi air mereka terasa seperti sampah. ianya tawar. dan semuanya setuju dengan saya tentang itu.
selesai, kami berjalan2. en. nasir telah membelikan saya satu scarf. huhuhu, suka. lawa.
kemudian, kami bercadang untuk ke rumah lizard. jadi, saya terpaksa meninggalkan en. nasir. en. nasir mahu ikut, tapi saya tidak benarkan.
di rumah lizard, kami melepak, makan nugget 'marina' yang ada cheese, juga karipap.
kami berbual, tentang apa2 saja, yang tak masuk akal juga ada.
lebih kurang pukul 9 malam, kami bertolak pulang.
saya happy, dapat jumpa kawan2 saya. juga dapat jumpa en. nasir.
No comments:
Post a Comment