Tuesday, November 30, 2010

sunyi

Pernah tak kau rasa sunyi walaupun kau berada di kalangan kawan2, keluarga?

Walaupun aku tidur sebelah suami terbaik, aku rasa mcm aku kena berperang seorang diri.

air mata malam

Saya nak mati, sekarang jugak. Tapi sebagai umat islam yang telah ditentukan qada' dan qadarnya, itu adalah bukan bidang kuasa saya.
Bunuh diri? Saya tidak segila itu, belum lagi. Bunuh orang lain yang menjengkelkan? Hampir.

Yang saya tahu, saya dah penat. Saya nak lari jauh2, hidup kat dunia lain.
Memang, semua orang cakap seolah-olah mereka mahukan yanh terbaik untuk saya.

Habis tu, kau ingat aku tak nak yang terbaik untuk aku? Kau ingat aku nak perkara buruk2 berlaku kat aku? Kau ingat aku doa siang malam mintak kat tuhan supaya turunkan bala kat aku?

Saya bukan optimist nor a pessimist. Saya hanya menjadi diri saya. Kalau saya rasa suatu situasi itu memerlukan untuk berasa positif dan saya mampu untuk berfikir positif, saya positif. Kalau tidak, saya negatif. Perasaan ini tidak boleh dipujuk, apatah lagi selepas melihat di skrin baby kita sudah tidak berdegup jantungnya...

Sedih, tahu tak. Kau nampak aku mungkin mcm biasa, kuat mengharungi dugaan tuhan, tapi realitinya, aku lemah. Tuhan je yang tahu betapa strugglenya aku untuk kekalkan kewarasan aku. So, stop being so fucking concern, bile sebelum ni kau tak pernah kisah aku sarapan pagi atau tidak.

Semoga Allah pelihara roh kamu. Tunggu mama kat syurga tau.

mesej terhebat

'Saya tak tau sama ader kamu tak tau atau sudah tau atau wat tak tau. Saya nak kamu tau jugak. Saya amat suka sama kamu sebenarnya. Nak cakap verbal mmg automatic saya jadi gagap la. So saya sent ini msg la. Suka kat kamu dah jadi lain mcm sikit sekarang. Dia punya perisa tak sama dgn perisa saya suka kat apis ka pais, beypig, hakim ka sapa2. Atau perisa vanila, epal mahupun perisa tiruan. saya just nak jadi jantan jujur and tak tipu diri saya. Sekian terima kasih. Harap maklum.

P/S Asal budak banyak cakap mcm saya akan jadi gagap dalam keadaan yang tak sepatutnya.. Hahhahahha dam saya penakot rupanya like a pig. Hahhahha.'




Mesej yang saya paling suka sekali dalam hidup saya selama 26 tahun ni.

En Nasir, maaf, mesej ini terlampau memberikan angan-angan indah kepada saya, that i feel like i am being selfish kalau tak share kepada dunia lain. Maaf kalau kamu rasa segan.

Thursday, October 28, 2010

babe, i cinta u babe



I AM SO IN LOVE WITH THE MAN IN THIS PICTURE!

Nasib tu suami saya, hehe.

si kaki kecek

satu kenyataan yang jujur; saya memang senang nak menyampah dgn org.

those driving without sense, memandu secara bahaya, saya anggap bodoh.
those talking bad about others' children, mengutuk kononnya anak dialah yang paling bagus, saya anggap bodoh.
mereka yang bercakap tanpa henti tentang betapa boringnya hidup mereka bekerja dengan bos yang bodoh, saya anggap bodoh.

dan banyak lagi.

saya memang senang nak panggil org bodoh.
tapi, ada satu sifat manusia bodoh ni, yang saya memang tak suka.

SUKA MENGECEK.

can't you just go buy food for yourself? perlu ke nak mintak2 mknan kat org? kita baru je masuk bilik, belum sempat nak duduk, kau dah fikir mcm mana nak mkn roti aku...

b o d o h.

Tuesday, September 28, 2010

vicious cycle

sometimes, the world seems unfair. macam tuhan tak sayang kat kita. nak bagi macam-macam dugaan. happiness, never. asyik-asyik sadness, gloominess.

when that happens, we go to a state of not wanting to believe anymore.

kita tak nak percaya tuhan itu maha mengasihani.
kita tak nak percaya orang berbuat baik dibalas baik.
kita tak nak percaya usaha itu tangga kejayaan.

dan macam-macam lagi fikiran negatif that keep coming to our head. poping their voice into our brain.



and suddenly, when good things started to happen, kita masih tidak mahu percaya. kita fikir ini semua akan dirampas balik oleh tuhan. all the nice cute little things that are happening, kita tahu ianya hanya buat sementara waktu sahaja.

tanpa kita sedar, kita tak bersyukur.

it is not our fault, being ungrateful, you see. kita hanya sudah biasa dengan sadness, gloominess. kita tak biasa dengan kegembiraan, dengan ketawa, dengan pelukan. jadi, kita tolak awal-awal semua perkara yang indah-indah itu.

semula, tanpa kita sedari, kita attract sadness, gloominess. and the cycle starts again. putaran tidak mahu mempercayai apa-apa lagi.

sedih. tuhan dah bagi depan mata. tapi, kita terlampau tenggelam dalam perasaan, kita tak nampak.



.............


alhamdulillah, saya dah berjaya buka mata besar-besar. dan, percaya atau tidak, semuanya kelihatan indah. ibu kucing marah anaknya pun saya nampak indah.

Friday, September 10, 2010