07.07.2007
*senyum lebar sendiri*
saya ingat lagi tarikh ni. ingat sejelas-jelasnya. ketika ini, seperti sudah 3 bulan saya berkenalan dgn en. nasir.
hari itu, kami bercadang untuk menonton movie transformers.
pada pagi itu, saya ada kelas. seperti biasa, kelas saya habis pada tengahari. kononnya kami mahu menonton petang. tetapi, ketika saya mahu bergerak dari rumah, menaiki teksi, ke lrt jelatek, jalan ampang sesak (yang mana tidak pelik langsung).
keadaan ini membuatkan saya frustrated, sebab saya tidak suka membuat org menunggu saya. juga saya tidak suka bila keadaan di luar kawalan saya.
jadi,
saya kata kepada en. nasir, tak sempat mau menonton ni. jadi en. nasir mencadangkan untuk menjual tiket itu. kami membuat pilihan untuk berjumpa sahaja.
tiba di lrt jelatek (after a few hell minutes in the cab), saya membeli tiket ke lrt kelana jaya. di dalam lrt, saya berfikir, tidak berbaloi untuk berjumpa, kerana ketika itu sudah pukul berapa, nanti saya harus pulang untuk mengejar lrt terakhir.
jadi,
saya sms en. nasir mengatakan tidak perlulah berjumpa. en. nasir meminta maaf, saya katakan "perkara ini akan berlaku juga".
setelah beberapa sms kami berbalas, en. nasir mengatakan yang dia suka saya.
satu rahsia, jantung saya berdegup kegembiraan sampai saya rasa saya boleh pengsan
saya balas mengatakan saya juga suka en. nasir. yang selebihnya, menjadi sejarah terhebat dalam hidup saya.
tahun ini, setelah setahun kami bersama, kami pergi ke hotel kl hilton. en. nasir ada gift certificate sebanyak rm200. jadi, kami ke sana untuk lunch.
puas hati, kerana semuanya sedap. juga en. nasir ada di sebelah saya.
nak lagi hari2 macam ini.
bole eh en. nasir?
No comments:
Post a Comment