Tuesday, August 12, 2008

en. nasir cuti hari isnin

en. nasir cuti hari isnin dan selasa.

jadi, semalam telah keluar dgn en. nasir. pergi ke klcc, untuk menonton wayang cerita the mummy (despite fifi saying that the movie is awful).

tiba di klcc, kami terus ke tgv, untuk membeli tiket. kami tiba pukul 1 tgh hari. the mummy yang earliest pada pukul 2 petang.

selesai membeli, kami pergi lunch, di food court signature. saya sudah lama teringin nak makan claypot chicken rice. en. nasir pula membeli nasi briyani.

(harga makanan semua sudah naik, damn betul)

setelah selesai lunch, kami ke tgv. kami kekenyangan, jadi tidak terasa untuk membeli popcorn atau tidbits lain.

hahaha, the mummy itu sedikit ok. tidaklah awful seperti yang dikatakan fifi. out of 100, saya akan berikan 60.

movie itu sejuk, sebab tiada ramai org, jadi saya terasa seperti ingin ke tandas.

saya berdiri di hadapan cermin sebentar untuk memakai sedikit eyeliner. sedang saya bersolek itu, kedengaran ada beberapa perempuan cina, mengkomplen kepada mak cik cleaner itu, bahawa ada org yang mengambil gambar tandas.

saya seperti sudah tahu siapakah itu.

keluar, kelihatan en. nasir sedang menunggu saya, dgn kamera di leher.

terus saya tanyakan kepada dia cerita sebenar.

ianya kelakar tahap anjing, tetapi kami telah bergaduh tentang itu.

so, the idea of bringing the camera to take pictures in the klcc park telah hangus begitu sahaja.

whatever. en. nasir tu suka sgt nak gaduh. ingat balik saya jadi geram.

kemudian, kami jumpa dgn fifi dan mama. kami ke la senza untuk membeli beberapa lingerie.

setelah selesai membeli di la senza itu, mama pulang. fifi ikut saya dan en. nasir. kami ke topshop juga zara sebelum pulang.

sebelum pulang ke rumah, kami ke kampung baru untuk makan malam.

telah berlaku lagi adegan gaduh-gaduhan tentang tandas itu lagi. saya jadi geram lagi dgn en. nasir.

whatever, again.

saya telah memilih lamb chop, en. nasir juga sama, manakala fifi telah memilih spaghetti.

sedang menunggu, saya meminta maaf kepada en. nasir (dia obviously takkan ckp maaf kat saya).

kami makan malam dgn lancar. tanpa ada pergaduhan lagi.

selesai, kami pulang secepat mungkin, kerana mama dah bising, sudah lambat untuk ke kde untuk swim.

tiba di rumah, saya bersiap, mencari seluar untuk en. nasir, dan terus ke kde.

huhu, memang heaven mandi, kerana sudah lama tidak swim. en. nasir juga kelihatan gembira.

selesai kami pulang. en. nasir melepak lagi di rumah, sehingga pukul 12 malam.

alhamdulillah, semuanya bagus2 sekali hidup saya.

No comments: