yeay, hari jumaat!
betapa saya selama ini tidak menghargai langsung hari jumaat. betapa saya sedar saya selama ini sungguh buta matanya.
esok dan lusa, cuti.
betapa hari jumaat itu memang ditunggu oleh semua manusia yang hari-harinya, bangun pagi untuk mencari rezeki, demi menjalani hidup di zaman ini.
*pandang ke belakang*
hurm, dulu, pagi itu memang sudah langsung saya tidak lihat, melainkan jika saya tidur malam pada pukul 7 pagi.
bangun sudah tentu tengahhari.
makan lunch, acik masak.
tgk oprah pukul 1 petang.
online sampailah ke malam, sampai mata lebam.
dan aktiviti itu akan diulangi keesokkan harinya.
aduhai, betapa hidup saya dulu, senang. betapa mama dan babah sabar dengan sifat saya yang tidak mahu bekerja selagi saya tidak menemui kerja yang saya suka, yang saya rasa dapat memuaskan hati saya yang ingin kan kepuasan diri.
kerja itu memang banyak.
tambahan lagi ini kuala lumpur.
orang dari sabah sarawak, datang ke sini untuk mencari rezeki. inikan lagi saya yang memang dah tinggal di sini selama 24 tahun.
tetapi, saya begitu cerewet dalam memilih untuk bekerja.
memang, kita selalu dengar, orang melayu ini memang memilih kerja, tu yang ramai asyik menganggur.
tetapi, saya bukan suka-suka memilih kerja. saya bukan nak gaji banyak. bukan dambakan kuasa. bukan ingin glamour.
saya hanya ingin kan perasaan bahawa saya sudah berbakti kepada masyarakat. perasaan bahawa saya sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik.
kalaulah gaji saya hanya cukup untuk makan minum pakaian tempat tinggal, tanpa mampu untuk topshop kasut beg starbucks, saya rela.
saya hanya inginkan kepuasan diri sendiri.
dan kini, saya harap kepada Allah, apa yang saya lakukan, selama 2 bulan yang lepas, akan diberkati, agar student-student itu mendapat berkatnya.
semester depan, saya mungkin akan menutor lagi di um.
seronok.
walaupun kerja banyak gila, saya suka.
walaupun penat, saya suka.
walaupun kena bangun pagi, saya suka.
tapi saya tetap nak pakai baju butterfingers saya tu, bole tak?
No comments:
Post a Comment