Wednesday, November 19, 2008

jiwa dan soul

AHHHHHHHHHHHHHHHHH!



hahaha, menjerit kat atas bukit, sambil berharap dunia ini bertukar menjadi lebih baik.

jeritan di atas tiada langsung kaitan dengan entri saya kali ini, harap maklum. saya hanya terasa seperti ingin menjerit.


1. saya accident, kesian sama jack. lalu meraung macam kematian kucing. menyebabkan abang tiga orang itu tidak jadi langsung untuk membebel kepada saya. lebih kepada memujuk saya. tapi, bumper jack kemek.

saya sebenarnya ketika itu ingin ke um, untuk mengambil cek gaji saya dan saya baru sahaja berjumpa dengan dr. sharifah. pagi2 sudah mula menanda paper. siap mintak cuti dari perangkaan. bayangkan betapa saya sudah penat untuk berbuat apa2.

2. saya baru pulang dari penang. seronok. sudah lama tidak ke luar kuala lumpur. pergi hari jumaat lepas (dengan jack yang kemek bumpernya) bersama dengan en nasir. en nasir drive lajoo. macam michael schumacher (lewis hamilton who?). dari kerja, saya terus ke rumah en nasir, mandi sekejap, lalu terus bergerak ke penang. ain, fifi dan shezrin sudah ada di sana.

aktiviti di penang : mandi sungai, hiking sekejap, makan laksa utara, tgk monyet, enjoy hidup, ronda2 prangin mall, makan, dan makan lagi. alhamdulillah, saya ada tempat yang membenarkan otak saya berehat.

3. kerja sebagai seorang pendidik amatlah memenatkan, tetapi memuaskan. tetapi, sedikit sedih jika ada yang seolah tidak menghargai pelajaran itu sendiri. cikgu itu tidak minta lebih. cukup jika dia tahu murid2 itu menggunakan dengan baik apa yang diajar, secara langsung atau tidak langsung.

harap, jika saya ingin meneruskan untuk mengajar lagi, Allah jadikan saya lebih mudah difahami.

4. mia seperti sakit. entah kenapa, begitu susah untuk saya menghidupkannya. seolah ada virus di dalam badan mia. damn you virus. nak hantar klinik, tapi takda masa. saya fikir saya mahu telefon doktor supaya datang ke rumah.

tolong mia, jangan mati. nanti kita ronda2 dengan jack eh, tengok lelaki lembut, mat rempit, clubbers kat kuala lumpur nie. best.

5. jiwa saya seperti sudah kering. gara2 bekerja di perangkaan. sumpah, saya sebenarnya tidak boleh bekerja begitu. saya boleh ditimpa sakit. ya Allah, harap engkau jadikan hidup saya lebih bermakna.




dah ngantuk, macam nak tidur.

nak call en nasir jap.

No comments: