waduh, sudah lama nampaknya saya tidak memblog.
rasa seperti tidak lengkap jika terlalu lama tidak menulis di sini.
gara-gara saya sekarang sedang bekerja di perangkaan, saya sudah seperti manusia lain yang mencari rezeki, dari 8.30 pagi ke 5.30 petang. 8 jam setiap hari, isnin sampai jumaat.
serta lebuhraya di malaysia ini, memang menguji kesabaran. dan, mereka yang tiada kesabaran itu, akan memandu dengan celaka (maaf carutan itu), membuatkan mereka yang lain jadi tidak sabar, lalu lebuhraya itu bertukar menjadi neraka.
itu semua telah membuatkan saya keletihan, lalu kurang masa untuk menulis di sini lagi.
tetapi, hari ini, saya seperti tiba ke rumah awal, lalu dengan segera membuka laptop untuk menceritakan hal saya.
mahu mula di mana ye?
yang pasti, saya sihat. keluarga saya juga, alhamdulillah, sihat.
en. nasir juga sihat, cuma dia sedikit kurus. saya selalu suruh en. nasir makan nasi, malam-malam.
saya sekarang juga sedang menyemak kertas final exam student um untuk subjek business statistics.
saya juga masih bahagia dengan en. nasir yang hebat itu.
dan tidak sabar untuk berkahwin dengan en. nasir.
ok. nak mandi. hari ini ada kelas swim. mahu pergi.
No comments:
Post a Comment