Tuesday, December 30, 2008

kenyit mata

saya telah ke kenduri kawan sekolah saya, joe, di kuala kubu baru. together with 6 more of our close friends in school.

aduhai, memang betul-betul jauh rupanya kkb itu.

ketika dalam perjalanan ke sana, kami semua mengatakan bahawa kini kami mengerti kenapa ketika zaman sekolah/universiti, joe kurang/susah untuk keluar bersama kami pada hujung minggu.

kami kini memahami keadaan kau joe.




sudah bertambah seorang lagi sahabat saya yang kini sudah bergelar isteri.

saya tumpang gembira untuk mereka.

membuatkan saya terfikir, bersediakah saya?
bersediakah untuk menjadi seorang isteri, sekaligus menjadi seorang ibu?



ahad lepas, keluarga en. nasir datang ke rumah saya, untuk melawat mama dan babah.

juga, dalam waktu yang sama, untuk merisik.



dan, saya langsung tidak memberitahu mama dan babah.

segan.

tapi, takpa, because everything seems okay.



nampaknya, memang benar-benar terjadi.

saya akan menjadi seorang isteri tahun hadapan.

minta kepada yang maha kuasa, agar segalanya akan berjalan dengan lancar.

No comments: