Sunday, January 25, 2009

hal penting

saya berfikir untuk memblog tentang hal-hal yang berfaedah.

mungkin tentang israel gila.
atau tentang lelaki kulit hitam yang diberi harapan dunia untuk keharmonian.
atau mungkin tentang kerja saya sebagai tutor.
mungkin juga tentang malaysia yang semakin berubah.

tetapi, saya berfikir, tiada yang lebih penting dari mama.



saya sudah lama tidak bercakap dengan mama.

dua minggu.

bergaduh kerana hal kecil.

saya tidak bijak menjaga hati.

dan mama tidak pandai meluahkan perasaan.



entahlah.

mama selalu bercakap dengan kami tentang betapa pentingnya komunikasi itu. tetapi, kelihatan apabila tiba masa, mama tidak berbuat begitu.

entahlah.

saya tidak tahu untuk berkata apa.

tidak mahu mengeruhkan keadaan, saya ambil keputusan untuk berdiam diri, tidak bertegur dangan mama, walaupun kami tinggal serumah.

entahlah.

mungkin saya yang tidak memahami diri mama yang semakin meningkat umurnya.

entahlah.




nana ajak kami ke cherating.

nak pergi!!!

sudah lama tidak ke pantai.

JOM!!!

No comments: