Sunday, February 15, 2009

gaduh sakit kepala

manusia bergaduh. berperang mulut, menunjukkan ego masing-masing. bukan untuk kuasa, tetapi, selalunya untuk menang, untuk mengalahkan pihak yang lagi satu, tidak mahu malu apabila kalah.

kuasa, semua orang boleh mengaku ada kuasa.

tetapi, apabila kita menang dalam sesuatu perlawanan, dengan serta-mertanya, kita akan dikenali sebagai pemenang.

tidak kiralah hadiahnya hanya sekadar kamera digital yang sudah rosak. the winning is the sweetest thing for the winner.

jadi, memang manusia bergaduh untuk menang.




baru-baru nie, saya telah bergaduh yang sedikit teruk dengan en nasir.

dan, ketika itu, en nasir seperti sudah berputus asa dengan saya.

dan saya seperti seorang yang ingin menang, tidak mahu mengalah. ingin menang.





betapa bodohnya saya, semata ingin menang, saya sanggup melihat en nasir pergi. nasib, saya masih kuat untuk menjatuhkan dinding sial itu.

dan kini, saya kembali menari depan en nasir, tanpa rasa malu dan bodoh.

en nasir yang terbaik.


hahaha, too bad to all you girls yang nak ngorat en nasir. kitorang suka joget sesama.

No comments: