Thursday, March 26, 2009

misi manis

cerita yang boleh buat saya tergelak kuat.

tadi teman acik pergi klinik, kaki dia kena minyak panas. nak kena cuci setiap hari.

disebabkan kakak sepupu saya seorang doktor, kami pergi ke klinik dia di dato keramat, klinik kerajaan.

(acik saya tak nak pergi klinik lain sebab mahal)

sementara menunggu selama 45 minit di klinik itu, yang tidaklah berapa canggih, tetapi bolehlah, saya terdengar satu perbualan kelakar.

misi tua sikit 1 : "eee, makcik, dia korek hidunglah sambil tangan buat gaya korek hidung, garu kepalalah sambil garu kepala dia sendiri, kotorlah makcik. marahlah dia."
makcik bawak cucu : "makcik tahu."

ambil perhatian, saya ingatkan bahawa misi itu sedang bercakap tentang cucu lelaki makcik itu. dalam hati saya, ketika ini yang tidak tahu menahu cerita, apalah misi ni, biarlah, budak je pon.

misi tua sikit 1 : "makcik ni cakap memang ramai orang komplen, kotor." misi tua sikit kepada misi muda sikit.
misi muda sikit : "yeke. hurm. tula."
makcik bawak cucu : "makcik kenal semua ni. dr tu, misi tu, tu, ni."
misi tua sikit 1 : "nilah makcik yang anak dia berniaga kat kedai kotor tu. dia cakap memang ramai yang komplen." misi tua sikit 1 kat misi tua sikit 2.
makcik bawak cucu : diam membisu. mungkin malu.

serius kelakar. cara misi tua sikit tu macam perempuan kecoh, nak bagitahu sangatlah kat makcik bawak cucu tu yang anak dia korek hidung masa menjual.



but, to think of it, nasib dia tak korek bontot.

No comments: