Wednesday, June 3, 2009

e t i k a

etika.

undang-undang manusia yang dicipta oleh manusia, dalam niat untuk mengekalkan keharmonian, ketenangan, dan mungkin juga untuk menjaga tatasusila kita.

contohnya, etika berpakaian di kampus.

kalau kat kampus, dilarang memakai skirt atas lutut. kang lecturer tergoda, rogol kamu, sape yang susah. juga, jangan pakai selipar, buruk nampak kuku kaki, panjang dan hitam. lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, takut disalahanggap sebagai perempuan. guna lab komputer, jangan pergi website lucah, kang ilmu tak masuk.

tetapi, siapa yang akan menangkap? pak guard?

berapa kali pernah saya ke kampus memakai selipar, selama tiga tahun saya di upm, tanpa ditangkap oleh sesiapa. berapa kali juga pelajar cina memakai skirt atas lutut, tiada pula yang ditangkap. pelajar lelaki berambut panjang? yang ada buah dada pun ada, so apa cerita? web lucah tak payahlah amik kisah, kalau ada internet kat bilik tu, sapa nak pantau?

jadi, apa sebenarnya etika ni? perlu ke kita ambil berat?

perlu, to some extent, jangan melampau.

kerana etika ini bukan undang-undang, tetapi lebih kepada budi bicara kita, untuk menghormati orang disekeliling kita.

jadi, jika apa yang akan kita lakukan itu mungkin akan mengganggu sesiapa, jangan lakukan. fikir sebelum berbuat apa-apa. jagalah hati orang lain.



tetapi, bagaimana pula dengan menipu dalam ujian?

No comments: