Sunday, August 16, 2009

mulut tersenyum

baru tiba dari perak, melihat nana menghadiri konvo dia.

alhamdulillah, semuanya tuhan berikan keberkatan juga kemudahan.

saya dah kerja.
nana dah konvo dan akan bekerja juga.
mama dah tidak memeningkan.
mama dan acik semakin rapat.
mama dan acik akan menunaikan haji tahun ni.

dan insyallah, saya dengan en nasir akan bertunang bulan 11 ni...

semuanya berjalan lancar, terima kasih.
tetapi, saya tidak boleh alpa, kerana dalam sekelip mata sahaja segala kesenangan, ketenangan, kemudahan, keberkatan, kesihatan dapat ditarik tuhan.

jadi, saya perlu sentiasa bersyukur. sentiasa tunduk kepada pencipta saya supaya saya tahu saya dilahirkan ke dunia ada sebabnya.



tetapi, life is to short to be missing out. jadi, saya akan ke penang untuk menikmati hidup yang indah ini.


peringatan kepada diri saya sendiri agar perlu sentiasa positif, menjalani hidup untuk tuhan, dan berikan sedikit hadiah kepada diri sendiri untuk segala tanggunggjawab yang saya laksanakan.

No comments: