Monday, December 28, 2009

mungkin the grass is brown on the other side

kadang-kadang kita tak nampak berlian depan mata kita. yang kita nampak berlian celah kangkang orang.

janganlah nak mengamuk dengan statement 'celah kangkang' tu. saya ingin menunjukkan, bahawa, berlian tu, walaupun kat celah kangkang orang, tempat yang memang tersorok, kita boleh nampak. tapi, berlian depan mata, kita ingat tahi.

kata orang puteh, 'the grass IS always greener on the other side'.

the other side to, mungkin boleh ditafsirkan seperti merujuk kepada jiran sebelah rumah.
kita tengok rumah dia, bukan main cantik lagi, rumah kita buruk mcm rumah pondok.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kerja kita.
kita tengok pengaruh dia hebat je kat ofis tu, sekali cakap semua orang takut. kita cakap semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kita yang belajar kat UK.
universiti dia hebat bukan main, universiti kita cikai je.



tapi yang selalu orang rujuk kepada 'the other side' ini, ialah pasangan orang lain.

'boyfriend dia baik, selalu belikan beg, kasut, baju'
'suami dia sporting, tak pernah marah kalau dia keluar dengan lelaki lain'
'girlfriend dia cool, tak pernah nak sibuk hal dia'
'isteri dia bagus, selalu masakkan makanan kegemaran dia'

pasangan kita mesti yang paling tak bagus.

'boyfriend i tu lembaplah, tak pernah faham i'
'suami kita tu garanglah, nak keluar dengan kawan-kawan pun dia tak kasi'
'girlfriend aku tu mengadalah, sikit-sikit nak tanya aku kat mana'
'my wife tu gemuklah. malu nak bawak dia keluar jalan.'


meh sini aku nak cakap sesuatu. kalau kau rasa partner kau tu paling hampeh, paling bongok, paling memalukan, paling membosankan, paling bodoh, TINGGALKAN DIA.




tak payah cuba untuk membaiki keadaan, sebab hubungan yang perlu dibaiki, sebenarnya tidak boleh dibaiki. there is no common way to mend a relationship.

yang penting, keikhlasan, ketulusan hati. kesabaran jiwa.

juga doa selalu kepada Tuhan.

No comments: