ahad lepas pergi kenduri kahwin shahrul, di klang. saya dan en. nasir naik myvi. mama, fidah, acik dengan didi naik crv. kami bertolak lebih kurang pukul 12 lebih tengahari.
sepatutnya, melly pergi dengan kami, memandangkan dia tahu jalan ke rumah shahrul, tapi atas sebab2 tertentu (sebenarnya saya fikir melly terbangun lewat, jadi melly memberi alasan pelbagai), dia tidak jadi pergi bersama.
sebelum bergerak ke klang, en. nasir dan saya mengisi minyak.
mula2, en. nasir dan saya yang lead konvoi itu, tapi, seperti biasa, mama cuba untuk menunjuk pandai (mungkin), dia minta dari saya kad jemputan kahwin itu, untuk melihat peta.
saya tak faham, sebab kami dah menuju ke arah yang betul.
beberapa perangai mama yang menyampah, kami tiba. kami tiba betul2 ketika shahrul dan pengantin perempuan itu tiba. jadi kami terpaksa menunggu sebentar, kerana terdapat persembahan silat. sementara itu, en. nasir sudah memakai kupiah. dia kelihatan comel.
selesai, kami mula untuk mengambil makanan.
sedap, lauknya simple, tidak over, tapi terasa segala perisa yang ada. sambal belacan paling sedap, pedas, dan saya memang suka pedas.
selesai menjamu, kami melepak sebentar. mama masuk ke dalam untuk berjumpa dengan emak shahrul.
beberapa ketika, kami pulang. ain, fifi dan didi mengikut en. nasir dan saya.
sebelum tiba ke rumah, en. nasir membeli cendol. en. nasir kehausan saya fikir.
di rumah, kami melepak.
tiba malam, kami pergi dinner di studio 5. kami makan satay. nyum nyum nyum. sedap. kemudian en. nasir pulang, mau menonton m u lawan liverpool. saya mau ikut, tapi saya kasihan sama en. nasir, mau menghantar saya pulang, kerana en. nasir bekerja esoknya. jadi, saya tidak ikut.
m u menang 3-0, besh besh.
tido, kepenatan.
No comments:
Post a Comment