hurm, entahlah.
apa mau jadi, jadilah.
sebenarnya, saya tak tahu apa yang saya nak, apa yang saya mahu. dan ini telah menyusahkan ramai orang, dan yang paling geramnya, saya sudah menyusahkan diri saya sendiri.
nak minta lebih, takut segalanya saya dah amik. tak nak minta, takut rasa diri tak cukup.
apa mau buat?
nak lari? nak mengalirkan air mata? nak mengamuk?
dahlah kan.......
penat dah. asyik begini.
kenapa saya tidak boleh menerima kebahagiaan itu seperti orang lain? diambil segala cebis rasa bahagia itu dan disimpan di dalam hati? haruskah, perlukah saya takut untuk ke situ, mencapai bintang, bulan di langit?
benci, benar2 benci dengan diri sendiri.
semua, saya nak minta maaf, kalau selama ini saya dah amik segala tenaga, kudrat kamu semua. silalah faham, saya seorang yang memang pentingkan diri sendiri, bukan kerana saya jahat, tapi saya fikir, dunia ini, jika diberi segala kebaikan saya, saya tiada apa yang tinggal, hanyalah jiwa yang kosong.
dinding itu masih ada, takut saya mahu buang, tapi dinding itu sudah lebih rendah dari yang sebelum ini. jauh lebih rendah. dulu dinding itu tiada tingkap, kini, cahaya matahari sudah bole menyinar (saya juga sudah lebih positif dari dulu).
buat masa sekarang, saya fikir, lebih baik saya begini. tidak mahu memanjangkan cerita, tidak mahu menyoal. biarlah.
mari ema, kita duduk diam, tengok langit.
No comments:
Post a Comment