Tuesday, March 11, 2008

keseronokan yang terserlah

ahad itu, pagi, saya telah ke taman tar dengan en. nasir. niat untuk berjogging. tapi, entah kenapa, saya hanya berjalan, sementara en. nasir berlari.

penat sangat, iyelah, sudah lama tidak menggerakkan otot2 kuat ini.

kemudian, kami bersarapan bersama. indah, sungguh, tak tipu.

tiba di rumah, minyak di kereta sudah berkelip. saya minta mama duit (kami tengah kekurangan duit sementara ini), mau isi minyak. dia bagi rm50, suruh isi minyak rm30, serta cuci kereta (hahaha, kereta myvi itu sungguh kotor, warna hitamnya sudah menjadi kelabu).

selesai mencuci kereta, kami pulang. terasa seperti mau mandi, kemudian, shima telefon. katanya mau berjalan2 ke pangsun. saya dengan gembiranya setuju, kerana sudah lama kami tidak berjumpa. mandi, main chess sama en. nasir, kemudian tidur sekejap. pukul 1.55 petang, shima dan baayah tiba.

kami bergerak ke pangsun. dalam perjalanan, kami singgah sebentar di menara tinjau (tidak pasti di mana), untuk melihat pemandangan kuala lumpur. beberapa minit, kami bergerak semula ke pangsun. entah kenapa, shima seperti mau merasa alam sekitar (benar, kl sudah membosankan, bagi kami yang memang sudah lama berjoli di kl).

sebelum tiba di pangsun, kami membeli sedikit makanan serta minuman (saya dan en. nasir tidak makan tengahhari, jadi kami kelaparan. juga, ketika itu, matahari benar2 bersinar).

tiba di pangsun, kami seperti tidak tahu di mana mau berhenti. ada satu site, yang memerlukan kami untuk untuk membayar rm2 setiap seorang untuk masuk sahaja (ianya sungguh merepek serta bangang. bukankah alam semulajadi dicipta Allah untuk umatnya menikmati?). kemudian kami ke site yang memang saya kenali. tempat yang saya selalu pergi dengan keluarga serta jiran2. sudah lama juga sebenarnya saya tidak ke situ. berbaloi juga perjalanan yang jauh itu.

kami sekejap sahaja, kerana hujan mulai turun. kelakar sebenarnya, makanan pun belum dihabiskan. jadi kami pulang semula ke rumah saya.

tiba di rumah saya, kami tidak tahu mau berbuat apa. setelah beberapa gelak ketawa, serta cerita lucu, kami mengambil keputusan untuk ke one utama.

berjalan lagi (benar bosan, kerana yang ada hanyalah shopping serta muvi). tapi kali ini tidaklah bosan sangat, kerana ada baayah dan shima. setelah beberapa lama, kami makan. sedap mee sup itu. supnya enak sekali. kemudian, jiejah tiba. :) tiba dengan kekasih hati baru dia. comel jiejah, kelihatan sungguh gembira (memang, cinta itu harus menggembirakan, menyeronokkan).

sebenarnya, saya memang suka tengok mereka yang gembira dengan cinta. kelihatan sungguh memuaskan. kelihatan seperti dunia ini masih ada harapan lagi.

berbalik ke tulisan ini.

kami berbual sedikit, kemudian bercadang untuk pulang. saya juga kasihan kepada baayah yang harus menghantar kami pulang.

pulang, fidah dan mama mau meminta kami membeli starbucks, carrot slice juga kuaci. pertama, kami ke klcc, membeli starbux (saya juga membeli java chip, nyummy, sedap). kemudian kami ke ampang point membeli carrot slice dari secret recipe. kemudian ke kedai runcit di ampang, untuk membeli kuaci.

tiba di rumah, beberapa minit, mama suruh kami menjemput fifi di stesen lrt jelatek (dia baru pulang dari pernikahan shahrul). dia menyuruh kami untuk mendropkan dia di petronas (sudah tentu untuk membeli junk food).

pulang, saya dan en. nasir melepak, beronline. oh, ahad ini sungguh seronok, saya dapat bersama dengan kawan2 saya, serta en. nasir.

alhamdulillah. nak bahagia selamanya. dengan mereka2 yang hebat2.

No comments: