ada satu rahsia yang ingin saya bagitau.
saya ada satu 'baran' yang tidak boleh dikawal, dan ianya menakutkan.
takut kerana saya akan menyakiti mereka yang saya sayang, dan itu sering berlaku dengan 'baran' ini.
takut kerana 'baran' ini kelihatan seperti tidak bole diubati. mungkin dengan sedikit sembahyang dan doa, mungkin.
takut kerana 'baran' ini memenatkan, dan saya tidak mahu berasa penat, ia akan 'menyedut' sedikit demi sedikit jiwa saya.
jadi, bagaimana?
saya tidak mau berjumpa dengan doktor. tidak semuanya perlukan doktor. yang penting, jiwa dan hati ini harus sihat, suci.
jadi, bagaimana?
saya fikir, apa yang saya perlukan adalah telinga yang mendengar, bahu yang menopang. mungkin sedikit padang yang hijau, juga matahari yang cerah.
mungkin, mungkin.
*berfikir sebentar*
hurm, saya benar2 mau berbaring di atas rumput yang segar, sambil melihat ke langit biru. aduhai, saya sanggup buat apa saja untuk mendapatkan itu, mungkin lebih tepat lagi, mencapai itu (kerana, ianya kedengaran serta kelihatan sukar).
soalan yang sebenarnya : mengapa 'baran' ini dengan senangnya mencerobohi diri saya?
jawapan yang mungkin : 1. tidak pernah sembahyang 2. diri sudah kosong, jadi mudah untuk diceroboh 3. sekeliling penuh dengan kebencian
sebenarnya, semua itu hanyalah jawapan bodoh, oleh saya (yang tidak tahu apa2). apa gunanya sijil hebat2 jika 'baran' dalam diri ini tidak dapat dibuang? jika hati tidak suci? jika jiwa sudah kosong?
*diam*
selama ini saya cuba untuk mencari alasan untuk saya justifykan 'baran' saya ini. tiada. aduh, saya benar2 sudah penat untuk menghadapi 'baran' itu. untuk menahan ia dari keluar. ia terlalu kuat, tapi saya yakin saya lagi kuat (hanyalah satu fikiran positif yang saya sebenarnya tidak ada pun).
sekarang apa?
teruskan hidup, tempuhi hari2 dengan tenang. cubalah ema.
matahari itu sudah kelihatan sedikit.
No comments:
Post a Comment