oh, sudah beberapa hari saya tidak menulis di mukasurat ini.
kenapa? entahlah. malas? entahlah.
yang pasti, saya bersyukur saya masih hidup. dan hidup itu masih lagi bersama mereka2 yang hebat dan seronok. yang paling happy, en. nasir masih ada di sini.
ok, saya akan ceritakan beberapa cerita tentang hari2 yang significant.
CERITA PERTAMA
saya dengan en. nasir telah ke pahang melawat family en. nasir (saya pakai tudung). oh, terima kasih kepada mereka. mereka sangatlah sporting. perjalanan itu mengambil 2 jam setengah, dari pukul 12 ke pukul 2.30 petang. on the way, selepas tol di uia tu, ada satu biawak melintas, dan en. nasir telah melanggar biawak itu (sebenarnya saya sangat sedih, sebab binatang juga ada hak untuk hidup). dan saya seperti telah marahkan en. nasir. entahlah, kemudian dia ada alasan yang dia tak tau untuk berbuat apa.
abaikan. back to the story.
tiba, kami makan. semuanya enak sekali. selesai makan, kami berehat, melepak, berbual (walaupun saya tidaklah banyak bersuara, seperti biasa). kemudian, kami dihidangkan laksa. aduhai, ianya sedap amat. mak en. nasir mau kami tidur di situ, tapi mama tidak bg. katanya, saya dah janji untuk pergi sehari saja. dan, saya telah merasa serba salah (kurang sopan untuk saya menolak pemrintaan tuan rumah, lebih2 lagi setelah mereka melayan saya dengan baik sekali).
kemudian kami telah ke t.c (teluk cempedak). BEST! anginnya, ombaknya, orangnya. semuanya A-class. jumpa sebentar dengan abang en. nasir. muka mereka berdua sangatlah seiras. melepak di kfc, kemudian pulang. singgah sebentar di rumah alang (kakak en. nasir), kemudian bergerak semula untuk pulang. sebelum pulang, kami beli keropok lekor (which turns out to be very good).
CERITA KEDUA
pergi memancing dengan en. nasir lagi. kami sudah ke giant untuk membeli barang keperluan untuk memancing (rujuk cerita ini di mukasurat ini ). seronok. walaupun tiada ikan yang kami dapat, ianya tetap seronok. sebelum itu, kami telah ke ikea untuk membeli lilin dan bekas lilin. seronok lagi (maaf, saya memang seronok jika menghabiskan masa dengan en. nasir).
CERITA KETIGA
saya telah berjaya untuk mengaktifkan kad atm saya. dan telah menyuruh babah masukkan duit ke dalam akaun itu. duit belanja sekali dengan duit untuk membuat passport.
itu sajalah cerita yang saya rasa berbaloi untuk ditulis di sini. harap cerita ini akan menceriakan hidup.
No comments:
Post a Comment