oh, nampaknya sudah beberapa hari juga saya tidak mengisi entri baru dalam ruang ini. saya fikir, cara terbaik ialah untuk menulis secara ringkas segala yang terjadi pada hari jumaat, sabtu, ahad, dan isnin.
jumaat.
tiada apa yang penting. cuma, en. nasir telefon, memberitahu bahawa dia akan datang ke rumah saya selepas kerja. malam, berjumpa dengan en. nasir, kemudian, keluar makan bersama (note: marah saya selama ini jadi cinta, melihat muka en. nasir yang comel itu). kemudian, kami berjanji lagi untuk keluar pada esoknya.
sabtu.
ketika saya tido, kedengaran mama bising, kerana begitu susah untuk mengejut kami 3 beradik (nana tiada, dia sudah awal2 pagi keluar untuk bermain futsal), kerana kakak saudara saya ada membuat kenduri (kami bertiga tidak pergi, kerana tidak mampu untuk bangun). selepas terjaga, kelihatan nana, fidah, fifi dan shakira (kawan nana) sedang melepak di bawah. selepas beberapa ketika, nana dan shakira keluar, dan saya pula mandi, untuk keluar dengan en. nasir. saya dan en. nasir keluar ke alamanda (en. nasir tidak pernah ke sana, oh itu sungguh comel). makan, kemudian kami berjalan2 di alamanda. selesai, kami berjalan2 di putrajaya. kemudian kami pulang. kami berjanji untuk keluar lagi esoknya.
ahad.
saya dan en. nasir telah ke giant kelana jaya, untuk mencari pancing (menggunakan kupon yang en. nasir dapat). oh, sungguh bahagia saya apabila berjumpa dengan pilihan pancing yang ada (seperti kanak-kanak dalam kedai gula-gula). kami telah membeli mata kail, dan berbagai lagi barang keperluan untuk memancing. kami tidak dapat mencari pelampung (salah satu barang keperluan untuk memancing), jadi kami telah mencari ke tempat2 yang kononnya dikatakan ada pelampung itu. nasib tidak menyebelahi kami (maknanya, kami tidak jumpa dengan pelampung itu). kemudian kami antar sekejap barang2 itu ke rumah en. nasir. en. nasir juga telah memasang pancing itu. we had our dinner di medina. kemudian pulang.
isnin.
tiada apa menarik kecuali hari ini birthday en. nasir! selamat hari jadi kepada en. nasir. harap en. nasir panjang umur serta murah rezeki. diharap juga, jodoh saya dan en. nasir sampai ke syurga. selain daripada itu, saya hanya tido. kemudian malam, pergi makan di keramat bersama mama, nana dan fifi. pulang berbual dengan en. nasir sebentar. tidur sambil bersyukur dengan kehadiran en. nasir.
No comments:
Post a Comment