saya suka. saya dah temui satu cara untuk menghilangkan diri dari dunia (yang mungkin serba kekurangan) ini buat sementara. cara saya ini hanyalah untuk mereka yang benar2 merasa tiada apa lagi yang bole dilakukan kerana hidup ini bukan kawalan mereka.
cara itu adalah TIDUR.
mungkin tidur itu secara meluas, general. apa yang sebenarnya saya maksudkan ialah, bermimpi. aduhai, mimpi itu memang syurga dunia. tidak kiralah seronok atau tidak, menakutkan atau tidak, sedih atau tidak. mimpi itulah yang dapat membuat kita merasa seperti kita hidup di dunia lain (kerana segala yang berlaku, tidak masuk akal).
memandangkan saya seperti tidak mempunyai tujuan untuk hidup (untuk melakukan suicide amatlah berdosa besar), saya putuskan untuk tidur sepuas hati saya (seperti kata en. nasir, saya hanyalah budak perempuan yang kaya yang bole tidur sampai ke petang).
saya tidak menipu. saya telah bermimpi yang pelik2, tapi semuanya indah. walau seserius mana pun mimpi saya, semuanya hanyalah khayalan semata. kalau bole, saya seperti mau untuk bermimpi selamanya, tetapi body clock saya mempunyai idea yang lain. saya akan terjaga walaupun saya cuba untuk tidur. namun, segalanya seronok. saya dapat lari dari segala masalah dunia yang bodoh2, bongok2.
cubalah, tuan2 dan puan2. cubalah untuk tidur, dan bermimpi. ianya menenangkan hati dan kepala. berseronoklah di dalam mimpi itu. saya sendiri telah bermimpi yang suka2 beberapa kali.
biarlah dunia sebenar terdapat banyak masalah, asalkan saya dapat bermimpi seperti ini lagi.
No comments:
Post a Comment