Saturday, March 22, 2008

pertama itu selamanya

kali ini, saya mahu untuk menulis tentang kali pertama saya berjumpa en. nasir.

suka untuk mengingat balik. waktu itu akan kekal dalam kepala saya selamanya.

saya ingat, hari itu en. nasir mengatakan mahu berjumpa dengan saya (setelah, mungkin beberapa minggu berkomunikasi melalui sms). saya ragu2, bukan kerana tidak mahu, tapi kerana segan. saya ada masalah itu, saya benci. jadi saya katakan mahu menghantar fifi pulang ke gambang, sebagai alasan tidak mahu berjumpa (jangan mara eh en. nasir).

saya fikir, mungkin en. nasir akan mengatakan 'oklah, kita jumpa lain kali jelah'. tapi, dia mengatakan bahawa dia juga ingin menghantar fifi ke gambang.

oh, saya dah tak tahu untuk berkata apa alasan lain.

saya pun setuju saja.

mama, fidah dan saya menghantar fifi ke stesen bas pekeliling. bas fifi belum mahu bergerak lagi, jadi kami melepak dalam kereta.

note : pada ketika ini, mama, fidah dan fifi belum tahu yang saya akan berjumpa en. nasir di sini.

setelah beberapa minit, kami pun menghantar fifi ke bas.

selesai, mama mahu pulang, tapi saya beritahu dia, saya ingin berjumpa seseorang. mama terperanjat, mungkin takut.

'mana kaklong kenal?'

aduhai, saya malas betul mahu menjawab soalan yang sebegitu, tapi, saya tidak mahu hubungan saya dan en. nasir berakhir dengan tragedi, jadi saya jawab segala soalan yang di tanya (saya fikir, lebih baik saya jawab, supaya tiada masalah).

pada ketika ini, en. nasir memang sudah lewat sangat.

kami tunggu, kemudian en. nasir msg, mengatakan sudah hampir. jadi saya pun ke stesen lrt titiwangsa (en. nasir tiba dengan lrt) untuk membawa en. nasir bertemu dengan mama (mama insist untuk berjumpa dengan en. nasir).

first time nampak en. nasir, jantung saya memang berdegup laju. saya berdebar, tapi cuba buat2 cool.

saya lambai, untuk memberitahu en. nasir inilah saya. dia turun melalui tangga, saya tunggu di bawah.

en. nasir memakai baju biru, dengan topi (which turns out to be topi akim). seluar, saya sedikit lupa (maaf eh en. nasir).

saya bawa en. nasir ke kereta untuk berjumpa dengan mama.

'keje mana?'

apa punya soalan tu? saya nak marah mama pun malas. biarlah dia, dengan otak dan fikiran dia. pada ketika itu, saya bukannya ada apa2 pun dengan en. nasir, tu yang saya menyampah dengan soalan bodoh mama tu.

kemudian saya beritahu mama, en. nasir dan saya ingin keluar. saya salam mama, kemudian kami bergerak. masalahnya kami tidak tahu mau ke mana. akhirnya, kami memilih untuk ke sogo (senang pun, ada lrt).

di sogo, sekali lagi kami tidak tahu untuk ke mana, jadi kami hanya melepak di food court, sambil minum air.

kami berbual, ntah apa2 cerita ntah, tapi memang saya ingat sampai sekarang. ada tentang manchester united, tapi kebanyakannya tentang en. nasir dan hidup dia.

seronok dengar en. nasir bercerita. tentang kawan2, tentang keje.

setelah beberapa lama, kami bercadang mahu pulang. en. nasir menghantar saya ke lrt ampang (terima kasih eh, en. nasir). sebenarnya tak plan pun en. nasir mahu menghantar saya sampai ke ampang, tapi saya suka je.

pulang, saya kegembiraan, tersenyum, tapi pada ketika itu, saya tidak berfikir tentang akan bercinta, atau apa2 dengan en. nasir. saya hanya gembira, hari itu berjalan dengan baik sekali.

terima kasih ye en. nasir, buat saya gembira.

No comments: