bangun pukul 7.45 pagi, kerana saya ada interview. sebelum itu, pukul 7 pagi en. nasir telefon, mahu kejut, sebab saya suruh semalam.
mandi, kemudian bersiap. semalam, saya dah gosok baju, jadi cuma tinggal mahu cari seluar yang sesuai (note : tah mana tah seluar yang ada selama ini). ronda2 keliling rumah, saya bercadang mahu mencari di bilik mama.
*gelak evil*
jumpa satu seluar yang bergaya. seluar itu kelihatan seperti man's pants, sebab tu bergaya. terus saya pakai (sesuai plak dengan baju tu).
selesai bersiap, saya cuba untuk mencari beg yang sesuai. terakhirnya, saya bercadang untuk memakai beg mama (kelihatan seperti semuanya mama saya punya).
pukul 9.15 pagi, saya berjalan kaki ke stesen bas ampang point, untuk ke klcc. dengan bijaknya, saya telah memakai kasut yang tidak memelecetkan (wujudkah ayat memelecetkan?).
tiada masalah, cuma, saya kepeluhan (adakah kepeluhan?).
tiba di klcc, saya berjalan lagi, kali ini cuma 5 minit. saya tiba di pejabat itu tepat2 pada pukul 9.50 pagi. oh, ye, janjitemu saya itu pada pukul 10 pagi.
saya kemudian dibawa ke satu ruang pejabat, di mana sudah terdapat 3 lagi mereka yang akan bersama saya dalam discussion ini.
kemudian, en. kamarul tiba. dan mulalah briefing dan discussion itu.
*masa berjalan selama 1 jam 30 minit*
selesai, saya pulang. tidak perlulah ye untuk bercerita tentang briefing dan discussion tadi, takut saya meleret, dan anda semua kebosanan.
tiba di rumah, saya berehat, penat berjalan. baca buku, lalu terasa mengantuk. saya tidur sebentar.
saya terjaga pada pukul 7 malam. kemudian turun bawah, sambung baca buku tadi. beberapa minit, fifi dan mama pulang. saya mengadu lapar. kemudian mereka ke kedai di keramat. saya mengirim ayam kerabu dan juga telur dadar.
selesai makan, saya melepak. cuba untuk membaca buku tadi, tapi terasa sangat mengantuk. lalu tidur, tanpa ragu2.
No comments:
Post a Comment