Friday, March 21, 2008

bukan kisah cinta ye

semalam saya kluar dengan en. nasir.

en. nasir tiba awal di rumah, lebih kurang pukul 9.30 pagi, tapi, saya masih tido (saya tahu saya jahat, maaf eh en. nasir). kononnya, kami mahu melawat kawan saya di pulau ketam ,zaza (dia bekerja di situ, jadi semestinya perlu tinggal di situ). ini semua adalah cadangan shima. sambil itu bolelah kami memancing sekali, kerana rumah zaza dekat dengan sungai/laut (?). tapi, pagi2, shima sms. mengatakan zaza akan pulang ke rumahnya di shah alam (kalau saya pun, saya akan pulang setiap minggu).

saya mandi, kemudian bersiap sedia mengeringkan rambut. ingin keluar untuk bersarapan sejurus saya selesai mengeringkan rambut, tapi, jiran saya (namanya tidak payahlah saya sebut di sini), sedang berbual di luar. saya fikir, baik tunggu mereka selesai berbual (malas mahu bertegur sapa, tidak dalam mood). mereka berbual sampai pukul 11 lebih (bengang, lama betul). sementara menunggu, kami bermain chess.

keluar, saya tengok kereta myvi itu sungguh kotor. kotor seolah kereta itu telah melalui kandang babi (ye, ianya begitu kotor). saya naik marah. si pukimak itu (tidak mahu sebut nama) telah menggunakan kereta itu semalam. adoi, dah guna, jangan lah kotorkan. kereta itu baru je basuh aritu. serius, kalau saya ikut hati, tanpa menggunakan penaakulan yang baik, memang saya dah pukul kepala si bodoh itu, supaya jadi lagi bodoh (maaf, entri ini lebih kurang ajar, lebih kurang sopan, maaf). en. nasir dan saya ke caltex untuk mencuci kereta. rm 7, oklah tu (kami tiada duit, jadi terpaksa berjimat). selesai, saya suka. kereta itu sudah hitam berkilat kembali.

kami terus ke kedai makan di area rumah en. nasir (masing2 kelaparan). en. nasir dah lama nak ajak saya makan situ. sampai, memang kelihatan ramai orang di kedai itu. ada yang datang dengan keluarga, kawan, buah hati. kami memilih ayam goreng (en. nasir syorkan yang inilah), serta kerabu mangga, juga sambal belacan. verdictnya? semuanya sedap. dan saya menikmatinya. lain kali pergi lagi eh en. nasir. semuanya berharga rm 13.20. oklah tu, sebab sedap.

kemudian, kami ke rumah en. nasir. en. nasir beritahu saya tiada orang di rumah, tapi, bila kami tiba, akim sedang melepak tonton dvd (mereka telah membeli tivi baru, jadi seronok sikit nak menonton). dia seperti segan dengan saya, mungkin kerana dia hanya memakai boxer. dia tidak sihat, en. nasir beritahu, mungkin demam. saya seperti segan.

kami melepak sehingga pukul 6 lebih. kemudian kami ke the curve, cadangan pertama untuk ke borders, tapi saya terasa seperti mahu membeli donut big apple (j.co sucks), lalu ke ikea untuk parking, lalu berjalan kaki ke the curve. mula2 keluar duit (dah desperate sangat dah ni). kemudian terus ke big apple. yeehaw! kami beli 6 biji. yang paling best, peanut butter. kemudian kami ke borders. kemudian ke ikea, en. nasir mahu membeli ice cream. selesai, kami pulang.

di rumah, kami melepak sebentar, mahu memakan donut. beberapa minit kemudian, melly tiba, dengan haikal, saya fikir mahu berbincang tentang ke kenduri shahrul. akhirnya, en. nasir, melly dan saya berkeputusan untuk pergi bersama.

kami makan malam di ampang. portionnya banyak, tapi terpaksa habiskan juga, tidak mahu membazir. en. nasir tidak habis, tapi dia takpa, sebab saya risau dia akan muntah kalau dipaksa.

di rumah, en. nasir dan saya berbual. *gelak besar* entah apa2 yang kami bualkan. tapi, saya benar2 gembira. oh, betapa hebatnya lelaki yang bernama nasir itu, sungguh. cinta saya terhadap dia luar biasa, kerana ianya tidak terkira.

tak nak cakap pasal en. nasir, sebab nanti tidak boleh berhenti.

nanti eh ema, kita sambung cerita cinta yang maha ini lagi.

kemudian, setelah beberapa minit, en. nasir pulang. en. nasir tidak membawa jaket, jadi dia akan kesejukan. kesian dekat dia.

tidur awal, kerana esok pagi ada interview.

No comments: