hari ini, tidak banyak yang dilakukan. bangun pada pukul 12. baca berita (kebelakangan ini, banyak pulak berita merepek). tengok tivi. wish en. nasir good luck. en. nasir ada interview pukul 3.30. kemudian, mandi, bersiap untuk keluar bersama en. nasir.
en. nasir tiba pada lebih kurang pukul 4.20 petang. saya baru selesai mandi. en. nasir terpaksa duduk di luar, kerana acik tiada. saya siap pada pukul 5.
en. nasir terasa seperti mau makan cendol (walaupun dengan tekak yang sakit), juga char kuew tiao, tapi tidak tahu di mana terdekat yang mempunyai char kuew tiao yang sedap, jadi bertukar kepada rojak, jadi kami ke tempat yang tidak diketahui untuk makan itu semuanya (sebenarnya dekat dengan jalan u-thant).
selesai makan, kami ke max-value di ampang. en. nasir mau membeli kunci motor (kunci en. nasir rosak). sedang mencari kunci itu, kami terjumpa dengan screwdriver. en. nasir suruh saya beli, untuk membaiki printer saya itu (klik cerita itu).
kemudian, kami tidak tahu untuk ke mana. akhirnya kami bercadang untuk ke bukit tabur, atau lebih tepat lagi, untuk mencari bukit tabur (kami bercadang untuk 'memanjat' bukit tabur itu). pusing2, jalan2, kami masih tidak berjumpa. kami ada terlihat papan tanda 'empangan klang gate'. tapi, akhirnya, kami hanya berpusing2 di laluan sempit. ketika itu, kami ada juga ternampak merak. oh, saya memang pelik. kenapa merak itu dibiarkan sahaja di kawasan luar rumah? entahlah, yang pasti, saya masih pelik dengan jalan di kawasan itu. seolah jalan tinggal, yang tidak diketahui orang.
kemudian kami pulang, main chess, en. nasir sembahyang, en. nasir buat blog baru, kemudian kami keluar makan. saya terasa seperti mau makan roti boom, jadi kami ke boom in. kenyang, alhamdulillah.
en. nasir pulang ke rumah pada pukul 12 lebih (saya rasa). harap, kami berdua bersama bahagia selalu.
note : tulisan di bawah ini adalah tulisan en. nasir. oh, dia sungguh comel.
No comments:
Post a Comment