oh, saya begitu 'hidup' ketika membaca.
itulah hobi saya sejak saya kecil lagi. apa saja yang ada tulisan, saya akan baca. resit. surat khabar. majalah.
tapi bila saya naik sekolah rendah, saya mula membaca buku. buku bahasa omputeh ke, bahasa melayu ke, semuanya saya baca.
dari darjah satu sampai darjah tiga, saya banyak baca buku misteri, contohnya, 'siri hadi', 'enid blyton : 5 sekawan', dan 'nancy drew'. entah kenapa, saya suka genre ini, genre misteri. mungkin kerana ia seolah2 saya dalam buku itu (sebab semua watak pun masih muda), dan mereka berjaya menyelesaikan misteri yang besar (ia lebih kepada fantasi).
bila saya dah naik darjah empat, lima, enam, saya mula membaca buku omputeh. satu-satunya buku yang menjadi motivasi saya untuk membaca adalah 'sweet valley high', atau 'sekolah lembah manis' mengikut kata kawan saya.
saya selalu buat deal dgn mama, kalau saya basuhkan kasut adik2 saya, saya akan dapat duit. lepas tu i will save it to buy those books. and i will save it for quite sometimes so that, kalau pergi beli buku, dapat beli byk2 (takdalah byk mana, mcm 2 buah je).
pastu, kat sekolah, akan berborak dgn kawan2 pasal buku tu. oh..... heaven nak mati, kalau kita ada rakan untuk berbual tentang sesuatu buku.
but, that's long ago. sekarang ni, saya hanya akan membaca seorang diri, membuat kesimpulan sendiri, mencari maksud kata2, memahami cerita.
kedengaran seperti menyedihkan, tapi sebenarnya tidak, kerana saya suka bercerita kepada sesiapa pun, apa yang menarik dalam sesebuah buku. atau mungkin sesuatu yang saya terbaca.
ilmu itu ada di mana2. dan saya cuba untuk past it along kepada sesiapa yang sudi mendengar.
sebab tu, saya rasa saya sesuai menjadi seorang pendidik (hahaha....).
No comments:
Post a Comment