Monday, June 23, 2008

seluar saya sudah ketat

ahad tu famili en. nasir datang rumah saya.

saspen sebenarnya saya. saya risau akan keadaan rumah saya. huhuhu, siapa yang pernah datang rumah saya tentu akan paham. kepada yang tidak paham, meh sini, duduk dekat2, saya akan ceritakan sedikit rahsia.

saya sudah lama tinggal di rumah mamanda hebat ini. sejak saya darjah satu (atau darjah dua). dan sejak itu, tiada sebarang perubahan atau penambahan terhadap rumah hebat ini. mungkin juga kami pernah tukar perabot, itu pun mungkin sebanyak dua kali. jadi anda paham kenapa saya katakan saya risau akan keadaan rumah saya. tambahan pula, babah sudah bekerja di penang sejak tahun lalu (atau dua tahun lalu). jadi, memang rumah ini boleh dikatakan 'terbiar' dalam konteks ianya sudah lama berjasa kepada kami, tetapi kami tidak pernah berjasa kepada dia.

jadi, mama telah membersihkan kawasan ruang tamu rumah kami, serta ruang makan untuk menyambut tetamu kami.

*mari kita gelak sinis*

maaf, bukan saya meluat, tetapi, saya tidak berapa faham, kenapa baru sekarang mau dikemas. walaupun begitu, saya nak ucapkan, mama, thank you ye.

babah juga pulang, dan acik telah memasak daging perap, ayam rempah serta sotong sambal. ianya begitu kelam kabut, menjadikan ia sungguh sempurna.

terima kasih semua kerana telah melakukan yang terdaya untuk saya.

oh, en. nasir juga kelihatan sungguh kacak hari itu, rasa macam nak kawin cepat2.

*hurm, saya hanyalah berangan*

kepada semua, yang pernah datang rumah atau tidak, saya ada satu rahsia lagi, berita baik. rumah mamanda hebat ini akan di renovate tidak lama lagi. jadi bolelah kami entertain lebih baik lagi.

harap hidup akan jadi seperti ini lagi. kelam kabut, tetapi penuh dgn org2 yang indah2 serta benar2.

No comments: