Monday, July 28, 2008

cuti-cuti bandung

bandung oh bandung.

sudah lama saya teringing untuk ke bandung. akhirnya, 15 july yang lepas, saya telah ke sana dgn 9 lagi ahli keluarga saya yang lain. mama, fifi, fidah, acik, ateh, mak anjang, kak ngah, abg faizal dgn balqis.

flight kami bertolak pukul 9 pg. kami bertolak dr rumah pukul 8 pg.

tiba di bandung lebih kurang pukul 10.30 pg.

kemudian kami dibawa oleh wakil hotel untuk ke hotel kami.

kami menginap di hotel karang setra.

setibanya kami di situ, mama membuat pilihan untuk memilih standard room untuk saya, fidah dan fifi. manakala juniour suite untuk mama, acik, ateh, mak anjang. kak ngah pula membuat pilihan standard untuk keluarga dia, abg faizal serta balqis.

setelah lebih kurang satu jam berehat di bilik, kami keluar untuk menjamu selera. kami telah ke restoran pak cik met.

SEDAP!!!!!

aduhai, memang sedapla, tambahan pula kami kelaparan, dari pagi tidak makan.

oh ye, perbezaan masa antara bandung dan kl adalah, kl cepat 1 jam.

selesai makan, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 ptg.

kami pulang, lalu tertidur.

malam, saya dan fifi pergi untuk membuat facial. kami kononnya ingin berkaraoke, tetapi rupanya, facial itu mengambil masa 1 jam, jadi kami membuat keputusan untuk tidur sahaja.

esoknya kami telah ke pasar baru. saya telah membeli leggings saiz xl, yang mungkin tidak terdapat di malaysia. juga kain batik untuk mak en. nasir.

selesai di pasar baru, kami ke beberapa buah factory outlet.

saya telah membeli baju untuk saya, serta seluar jeans untuk en. nasir.

kemudian kami ke kawasan di mana banyak kasut dijual, kasut kulit.

kemudian, petangnya kami ke kedai beg,dan saya telah membeli satu beg berwarna merah.

CANTIK!!!!!

saya juga telah membeli t-shirt bertulis bandung untuk en. nasir serta kawan2 en. nasir.

pada hari khamis, kami telah ke satu gunung berapi yang dikatakan sudah mati, tetapi masih panas.


kami telah berjalan seolah2 hiking. tiba di kawah itu, kami telah merendam kaki kami, serta memakan telur rebus yang direbus di kawah panas itu.

saya telah membeli muffler warna merah serta purple, yang memang cantik.

selesai memanjat gunung, kami pulang. semuanya keletihan.

malam, mama, fidah, fifi dan saya telah ke kawasan distro, tempat menjual baju2 anak2 muda, mengikut kata pak joni, pemandu kami itu.

saya tidak membeli apa2, tetapi fifi dan fidah telah membeli baju.

pulang, kami tido, kerana terlalu penat.

esoknya, kami pergi ke pasar baru lagi. saya membeli lagi leggings, kali ini yang berwarna purple. saya juga membeli baju batik untuk ayah en. nasir, serta dua pasang kasut dan sehelai baju.

selesai, kami ke kedai beg dan kasut. saya telah ke factory outlet seorang diri, bercadang untuk membeli t-shirt untuk en. nasir, tetapi tiada yang menarik.

kami telah menjamu baso serta aiskrim durian.

selesai, kami pulang, mama mahu sembahyang.

selepas maghrib, saya telah ke factory outlet rumah mode. saya menghabiskan semuanya duit saya di situ. saya membeli baju untuk saya serta untuk en. nasir.

esoknya, kami pulang.


seronok, terasa ingin pergi lagi.

nak pergi dgn en. nasir, bercuti.

jom?

2 comments:

Anonymous said...

Glamer nyer en. nasir lebih dari bandung...
rasanyer lagi seronok dapat kenal en. nasir. Boleh???

emaroxx said...

nak kenal dengan en nasir?
boleh.