Friday, August 8, 2008

lepar hilir

lepar hilir, saya telah ke sana baru-baru ini. lebih tepat lagi 31 july hingga 1 august.

saya telah ke sana pada jumaat malam itu, pukul 8 malam bertolak dari rumah saya. en. nasir memandu.

kami telah menjemput abg en. nasir di stesen lrt gombak.

tiba di rumah en. nasir pada pukul 11 malam. mak dan ayah en. nasir sudah tertido di depan tivi.

*saya segan, kerana saya rasa salah saya kami terlambat*

kami makan malam. saya lapar, tetapi saya mengantuk sangat, juga sudah lewat, jadi saya makan sedikit sahaja.

pagi esok, saya bangun pukul 7 pagi (en. nasir sudah bilang pada malam sebelum itu, saya kena bangun pagi).

saya mandi, lalu bersiap, tetapi saya terbaring di dalam bilik, kerana mengantuk (tak biasa bangun pagi).

kemudian kami breakfast. mak en. nasir buat pulut makan dgn durian.

selesai, saya ke kebun mereka. dekat sahaja, jalan kaki lebih kurang 3 minit.

mak en. nasir menunjukkan kepada saya pokok-pokok yang wujud di dalam kebun itu.

ada pelbagai. pokok durian, ciku, salak (ni memang saya jarang dgr), rambutan, jambu. jika saya mahu senaraikan di sini, memang panjang.

mereka memang suka ke kebun itu.

ada juga lembu dan kambing.

kemudian kami pulang kembali ke rumah, saya mandi untuk ke pasaraya. mak en. nasir mahu membeli barang untuk memasak mihun sup.

kami juga telah melawat rumah kakak sedara en. nasir.

pulang, saya tertidur lagi. bangun-bangun, saya sembahyang. lalu ke dapur untuk membantu mak en. nasir di dapur.

selesai, kami menjamu selera. sedap.

kemudian kami melepak. sedikit mengantuk.

tiba pukul 5, saya bersiap untuk pulang.

lebih kurang pukul 6, kami bergerak ke ampang. dengan membawa sekali sedikit buah-buahan dari kebun en. nasir.

(sebenarnya banyak, bukan sedikit)

maaflah en. nasir kalau saya seperti sedikit diam di rumah kamu. saya memang pendiam.

No comments: