pagi, saya telah ke sogo bersama mama dan fifi. tujuannya adalah untuk mencari bra. tetapi, alang-alang sudah ke sana, mama mencari sekali hadiah untuk anak kawan dia.
hadiah kahwin. satu set gelas dan jug crystal.
mama juga telah membeli tempat letak pinggan dan cawan, untuk menggantikan kami punya yang sudah buruk serta kopak.
kemudian, kami ke tingkat pakaian dalam. saya telah membeli 2 helai bra, manakala fifi telah membeli 3 helai bra.
selesai, mama telah ke tingkat beg dan kasut, untuk mencari beg baru yang sedikit santai.
she had settled for a braun buffel bag. memang cantik.
kami terus ke kompleks campbell (campbell complex) untuk ke kedai uncle lee, lee optical. mama ingin merepair sunglass fidah. juga untuk membeli solution contact lense saya.
selesai, kami bertolak ke jaya jusco taman melawati. mama ingin membeli baju renang untuk kelas renang kami. saya juga telah membeli sepasang seluar renang.
mengikut rancangan awal, mama ingin ke klcc untuk mengambil laptop baru dia, tetapi di sebabkan ketika itu masa sudah menunjukkan pukul 4, mama fikir lebih baik kami pulang dahulu untuk sembahyang.
pulang, saya makan (dari pagi tidak makan apa). kemudian tidur, kerana semalam saya tidur pukul 5 pagi, jadi sedikit mengantuk.
pukul 6.15 petang, mama kejut untuk mengaji.
(satu rumah ini kini sedang mengikuti kelas mengaji. syafaf, pengajar kami, akan datang ke rumah kami untuk mengajar)
saya bangun, amik air sembahyang, cari tudung.
fidah masih lagi mengaji, jadi saya tunggu untuk turn saya.
tepat 6.30, saya mula. hari ini saya sedikit lancar, jadi selesai cepat, sebelum pukul 7 malam.
selesai, saya cuci badan, kemudian bersiap untuk ke kelas swimming.
pukul 7.50, kami bertolak.
kelas itu di sekolah sri inai. kami tiba pukul 8.10 malam.
huhu, memang saya excited sangat.
kelas berjalan dgn lancar. saya diajar untuk berenang kuak dada. insyallah, lagi beberapa kelas, saya dah boleh berenang sehebat daniel bego.
*gelak sipu*
tipulah, mana ada bole jadi mcm dia.
kelas swim abis pukul 9. sebelum pulang, mama berborak dgn kakak yang mengajar tu.
owh, harap dapat berenang secepat mungkin.
nanti bole berenang sama ye en. nasir.
No comments:
Post a Comment