saya menjadi seorang part time tutor.
*gelak tutup mulut*
betul kah apa yang dikatakan oleh ayat di atas itu?
betul ye puan-puan dan tuan-tuan, walaupun sedikit sukar untuk dipercayai.
sedikit cerita sebelum kisah saya.
ada seorang kakak, nama dia rohayu. saya kenal dia ketika saya melakukan master's saya di upm.
dia seorang wanita yang hebat. dia seorang lecturer, tetapi dia juga membuat part-time untuk mencari duit.
dan salah satu kerja part time dia, adalah sebagai seorang tutor di um.
pada bulan sembilan ini, dia akan pulang ke johor, untuk bekerja di sana. memandangkan dia masih lagi bekerja sebagai tutor untuk semester ini, dia terpaksa mencari ganti.
lalu ditelefonnya saya.
menanyakan jika saya mahu menggantikan dia selama dua bulan.
saya rasa doa saya di makkah dulu telah didengari oleh tuhan.
dan kini, saya mula sebagai part time tutor.
harap, tugas saya selama dua bulan ini akan diberkati. harap, student itu semua dapat memahami ajaran saya. harap, saya sentiasa ikhlas melakukan kerja ini. harap, selama-lamanya, saya dapat memberikan sedikit ilmu kepada dunia.
amin.
doakan saya ye semua.
juga untuk memiliki satu kedai buku saya sendiri.
No comments:
Post a Comment