Sunday, September 21, 2008

hari yang penuh aksi

akhirnya, saya bertemu juga dgn kawan-kawan saya.

sudah lama tidak berjumpa dgn mereka.

masing-masing sudah semakin sibuk. dgn kerjaya, dgn family.

semalam pergi berbuka di sheraton subang, lizard yang belanja.

tahun lepas, saya tidak dapat pergi berbuka bersama mereka, kerana saya sudah merancang untuk berbuka dgn keluarga saya terlebih dahulu.

beberapa hari sebelum itu, i have asked en. nasir to wear baju melayu to the berbuka puasa.

mula-mula en. nasir seperti tidak berminat, mengatakan perlu ke? tetapi, setelah saya bertanya beberapa kali, maybe to shut my mouth, en. nasir bersetuju.

en. nasir tiba menaiki motor akim, kerana motor en. nasir rosak.

kami terpaksa ke ampang point untuk mencari butang baju melayu en. nasir yang berwarna biru itu.

selesai di ampang point, kami terus ke taman melawati untuk menjemput elle.

elle terperanjat, kerana saya dan en. nasir memakai baju kurung/melayu.

saya menelefon abo, menanyakan di manakah mereka - abo dan baayah.

mereka di titiwangsa menjemput lidot. kemudian akan menggunakan lebuhraya federal untuk ke sheraton.

kami bergerak ke sheraton, ketika itu jam menunjukkan pukul lebih kurang 5.30 petang. kami bertolak awal, kononnya tidak mahu tersekat dalam kesesakan jalanraya.

cuba teka?

federal tidak sesak langsung.

akhirnya kami tiba lebih kurang pukul 6 petang.

kami parking kereta, bersama dgn leanne dan baayah.

kemudian berjalan kaki ke sheraton, untuk berjumpa dgn lizard.

kami berbual di lobby, dan bergelak ketawa (seperti selalu), serta bergosip tentang kawan-kawan kami yang lain.

kemudian, tyiara tiba.

tidak lama kemudian, kami diletakkan ke meja kami. sambil menunggu waktu berbuka, zess tiba, zatil dgn babynya, juga jammy dan suaminya shafeq.






lizard menyuruh kami mengambil makanan, kerana kelihatan orang lain sudah mengambil makanan.

lalu kami ke meja buffet.

saya dan en. nasir mengambil roasted lamb (nyummy!), teppanyaki, serta kuih-muih.

kawan-kawan saya yang lain mengambil banyak juga makanan, sehingga penuh meja itu.

kami menjamu selera di situ selama 2 jam lebih.

selesai, kami ke rumah lizard, untuk melawat hakimi, baby lizard.

cepat sungguh membesar budak-budak ni.

daniel sudah besar, hakimi juga sudah besar.

berbagai lawak yang dilakukan kawan-kawan saya. semuanya pun lucah-lucah belaka.

hahaha, nasib en. nasir sporting.

10.30 malam, kami bergerak.

kami menghantar zatil ke shell di belakang one utama. kemudian menjemput akim dari ikea. kemudian hantar akim ke rumah, kemudian tidak jadi, menjemput akim kembali dan menghantar dia ke medina.

telah berlaku beberapa insiden kelakar.

kami menghantar elle ke rumahnya.

kemudian en. nasir menghantar saya ke rumah.

en. nasir terus pulang, kerana sudah berjanji dgn akim ingin melepak bersama.

saya tonton nip/tuck, lalu terus tidur.

harap, saya dapat selalu berjumpa dgn kawan-kawan saya.

No comments: