Monday, September 22, 2008

perasaan cabaran

memang benar, istilah 'sampai nak muntah'.

saya akan merasakan keadaan itu, setiap kali saya membuat soalan tutorial kelas saya di um itu.

bukan lapar, atau perut berangin, tetapi lebih kepada, otak saya menghantar signal bahawa saya ingin muntah.

kenapa?

tak tahu.

yang pasti, setiap kali saya cuba menyelesaikan tutorial itu, saya akan terasa seperti ingin muntah.

sebelum itu, saya akan sendawa, sendawa angin.

itu lah masanya bahawa saya sudah terasa ingin muntah.

tapi tak muntah pun. belum pernah muntah lagi.

tapi, saya pernah terdengar/terbaca bahawa, jika kita terus mencabar keupayaan diri sendiri, tidak kiralah ketika membuat apa aktiviti (sehinggalah badan kita tidak dapat menerima tolakan itu lagi), otak kita akan menghantar signal, 'pergilah muntah'.

mungkin benar, kerana ketika saya memanjat gunung ke baha camp, fifi tiba-tiba muntah.

mungkin ketika itu, dia sudah mencabar diri sendiri untuk terus memanjat.

aduhai, memang penat menahan perasaan untuk muntah ini.

No comments: