Monday, September 1, 2008

maharani - butterfingers

mereka kata ku gila,
lagilah aku suka,
otak ku geliga,
fikiran luar biasa.

mereka kata ku samseng,
tapi ku tak ambil pusing,
pedulikan semua,
fikir apa yang penting.

jangan percaya,
kata mereka,
sudah ku kenal pasti,
kau pujaan hati.

cinta sejati,
memang boleh dibeli,
tapi tak mungkin,
ditukar ganti.

akan ku taati, maharani.

mereka kata ku tipu,
tapi ku tak meniru,
mereka semua pemburu,

pemburu yang cemburu.

semua tuduhan,
fitnah belaka,
ada yang suka,
juga ada juga yang benci.

biar peluru,
menembus kulitku,
suatu yang pasti,
kekal abadi.

akan ku taati, maharani.

mereka kata kau sama,
tiada apa yang berbeza,
aku tau kau tak serupa,
tak silau lihat harta.

jangan percaya,
kata mereka,
sudah ku kenal pasti,
kau pujaan hati.

cinta sejati,
memang boleh dibeli,
tapi tak mungkin,
ditukar ganti.


akan ku taati, maharani.


damn, sampai ke syurga saya terbang kerana lagu ini.

No comments: