Tuesday, September 16, 2008

marvista dah takda pool

sudah lama teringin begitu.


*diam termenung*

hari minggu yang lepas, saya telah ke penang, melawat papaku rock. it has been a long timelah jugak since we went there.

mula-mula, pergi utp, jemput nana. lepas tu, fifi dgn fidah bising, mama bawak mcm org gila (seriously, sesiapa yang pernah naik kereta dgn dia, should know), so, mama suruh nana bawak crv.

*tepuk tangan*

nana bawak dgn hebat sekali.

kemudian, tiba di penang, kami jemput yong key pulak, di usm.

memandangkan sekarang bulan puasa, kami semua kelaparan. jadi, mama mengambil keputusan untuk menelefon amandari (restoran yang kami ingin pergi), dan membuat tempahan.

mereka tidak mahu menerima pada mulanya, tetapi, alasan mama, kami lapar, diterima akhirnya.

seperti biasa, kami mengorder kari kepala ikan (i am not that fond of kari, tapi kari dia seriously sedap), terung sambal (i learn how to eat terung here), udang butter (is there anything delicous than this?) sayur campur, kerabu mangga (one of my wajib food), and sambal belacan.

for somebody yang kelaparan setelah beberapa jam berpuasa, makanan itu semuanya first class, lima bintang.

*alhamdulillah for such lovely food*

selesai, kami ke batu feringgi, untuk mencari dvd, dan beberapa barang2 lain.

pulang, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. saya unpack, kemudian mandi, kemudian terus tido.

-----

pagi, kami bersiap, untuk ke queensbay mall. mengikut kata fifi, topshop di sana akan memberikan potongan harga sebanyak 20%. jadi kami excited. tambahan, kami tidak pernah ke queensbay mall itu lagi.

haha, memang bebudak nie semuanya kaki shopping. dapatlah tiga buah goodie bag, yang berisi barang2 barang best.

kemudian kami ke forever 21. lagilah, bagai orang gile semuanya. mama pun sama.

selesai, fifi, fidah dan yong key pergi makan kopok lekor. mereka lapar. jadi kami terpaksa menunggu.

selepas lima belas minit, mereka tiba. kami terus bergerak. babah sembahyang maghrib di masjid terapung, kemudian kami ke the ship. babah teringin untuk makan steak.

woohoo, saya pilih grilled lamb chop. shoot, sedap gilon.

selesai makan, kami berjalan lagi di batu feringgi, cari dvd lagi (basically, itu jelah keje kami di penang, sebab dvd dia murah, rm4).

kami pulang awal, kerana masing2 keletihan.

pulang, kami mencuba baju2 baru. puas hati, sebab semuanya pun cantik.

lebih kurang pukul 12, kami menonton dvd forgetting sarah marshall. cis, nasib tak tgk wayang. bodoh je cito tu.

kemudian, kami tido.

-----

ahadnya, kami ke teluk bahang, untuk ke sungai. walaupun tak dalam, saya hormatlah the effort that babah had tried, nak seronok kan semua orang. and then, saya pergi ke tempat yang dalam sikit (like 3 feet). ntah mcm mana, fifi ckp bole buat fish spa. yang ikan gigit2 tu. apa lagi, mama terjerit-jeritlah seronok + geli.

kami habiskan lebih kurang setengah jam buat fish spa tu. then, we make a move, sebab dah pukul 5.30 petang.

pulang, saya kelam kabut mandi, and bersiap, nak berbuka. kami berbuka di restorang sea food (yang oklah, not that good).

selesai kami pulang ke mar vista.

mama sembahyang, kemudian kami terus bergerak pulang.

send yong key back, then, pergi utp hantar nana plak.

sampai rumah, saya terus pengsan.



all in all, semuanya best, sebab babah melayan je kitorang.

thank you babah.

No comments: