Friday, October 17, 2008

cermin mata hitam saya cantik

pukul 6.45 pagi lagi saya sudah bangun.

sakit perut. mungkin ada kaitan dengan satu produk air yang saya minum bertujuan untuk mendetoxkan badan.

tapi, bagus juga, kerana saya ada date dengan imkeda, berkenaan lesen memandu saya. kena berada di imkeda sebelum pukul 8 pagi.

pukul 7.15 lagi saya sudah bersiap. berdebar serta cuak. itulah perasaan saya. tambahan pulak, perut sakit, meminta dikeluarkan bendasing dalam badan.

tetapi, semuanya berbaloi. lesen percubaan itu akhirnya telah berjaya saya capai.

pulang, saya bersiap pula untuk ke UM. ingin menutor student. aduhai, penat sebenarnya, tetapi, kerana saya suka akan kerja menutor ini, saya tidak rasa beban.

selama dua jam saya di sana, cuba untuk menerangkan apa yang penting. namun, mungkin bagi mereka, statistics ini sukar. tetapi, saya tidak akan putus asa.

saya menaiki lrt ke klcc, lalu mama menjemput saya.

pulang saya makan malam, kelaparan, terasa seperti puasa.


penat. ada lagi ni tutorial tak buat. isnin nak menutor lagi. esok nak pergi tengok butterfingers.

hidup saya sudah menjadi hectic.



tak nak.

No comments: