Terlalu besar kasih saya terhadap lelaki itu.
Sehinggakan, tulang rusuk saya seolah tidak mampu menahan degupan jantung, tiap kali diri berjumpa dengannya.
Selamat. Disayangi. Indah. Itulah perasaan saya setiap kali bersama.
Malam yang hujan, bertukar pagi yang cerah. Matahari akan kembali bersinar setelah beberapa kali mengintai di sebalik awan. Burung yang tidur, akan menyanyi lagu Tan Sri P. Ramlee.
Betapa kuatnya kuasa seorang lelaki itu. Menukarkan segala yang hitam kepada pelangi.
Tak tertahan sebenarnya, hati ini meronta, memberitahu bahawa lelaki itulah yang seorang. Untuk selamanya.
No comments:
Post a Comment