Sunday, November 23, 2008

berehat tak ingat dunia

seronoknya dapat tido.

sudah lama tidak tido seperti ini; tido lewat, bangun lewat.

semalam saya keluar dengan en nasir, selepas en nasir habis kerja.

kami pergi ke bengkel untuk mengetuk jack. oklah sedikit dari sebelum ni. bumper itu sudah dapat disambungkan semula.

kemudian kami menonton quarantine, di the curve. sudah lama tidak menonton wayang bersama en nasir.

waduh, saya yang tidak senang untuk kecut perut, menjadi cuak menonton muvi itu. saya cadangkan kamu semua, pergila menonton cerita itu.

selesai, kami ke rumah en. nasir sebentar, saya ingin mandi, kerana menurut en nasir, badan saya sudah berbau.

en nasir juga mandi sekejap, lalu kami dan akim ke sri buloh untuk dinner.

kenyang dan pedas.

selesai dinner, kami menghantar akim, lalu bergerak ke rumah saya.

tiba di rumah, en nasir cuba untuk bermain dengan mia.

seperti biasa, mia begitu susah untuk diajak bermain. ada sahaja alasan. beberapa minit jugalah kami baru dapat memujuk mia.

itu pun, setelah beberapa minit, mia pengsan. saya bagi mia berehat.

memandangkan kami tidak dapat bermain dengan mia, saya cadangkan kami bermain dengan ps.

apa lagi, memang en nasir sudah lama inginkan itu. jadi kami bermain need for speed underground.

banyak game lah jugak kami berlawan.

yang pasti, saya lah pemenang untuk semua game.

takpalah en nasir, nanti praktis kat rumah, supaya boleh lawan dengan saya.



entah kenapa, saya begitu cintakan en nasir.

untuk melihat matanya sahaja, saya sudah rasa seperti sayalah manusia paling bertuah dalam dunia.

saya selamat.

tiada apa yang dapat menyakiti saya.




maaf, sedikit emosional.

kembali ke entri sebenar.

en nasir sudah berjanji dengan akim akan berjumpa di medina pukul 1, jadi pukul 12.15, en nasir pulang.

saya pula terus menonton tivi, membalas dendam dengan semua hari yang saya tidak dapat langsung menonton, walaupun sebenarnya tivi itu tidaklah seronok mana pun.

sehinggalah pukul 5 pagi.



kalaula mak en nasir tau, memang dia dah reject saya.

No comments: