hari ini adalah hari terakhir saya bekerja di perangkawan. insyallah, saya akan memulakan tugas sebagai seorang tutor.
tutor yang gajinya rm100 sejam.
yang mana tidak mencukupi, jika ingin dibandingkan dengan usaha saya dalam menyediakan tutor itu dari cakaran.
mula-mula kena jumpa lecturer untuk mengambil buku rujukan.
kemudian, berbincang dengan lecturer tentang subject yang akan kami mengajar. itu pun dah susah, sebab as i previously mentioned, beliau (cewah, beliau tu) ialah seseorang yang berbangsa timur tengah, dan jika kamu pernah ke mana-mana universiti/kolej, mereka ini slangnya kurang sama dengan manglish.
beberapa hari selepas itu, saya harus membook lab komputer untuk kelas tutorial. untuk mengebook lab ini sahaja, saya sudah mengeluarkan beberapa mangkuk peluh. aduhai, nak jumpa abang lab ni pun, mcm kena buat appointment.
'sila tunggu sebentar. dia mungkin akan kembali lagi 30 minit.'
dan ketika itu, waktu sudah menunjukkan pukul 3. apakah? lunch hour sampai mcm tu ke?
dan, the person telling me the above statement is not that polite. seolah, mcm saya yang mengganggu hidup/kerja dia.
kemudian, saya harus menampalkan announcement tentang waktu-waktu tutor.
bermula pada rabu depan, saya akan memulakan tanggungjawab saya.
...
ini bukan entri untuk merungut. ini hanyalah ingatan kepada saya bahawa duit itu bukan datang semudah. kita harus berusaha untuknya.
ps : maaf jika entri menyinggung. kita semua ada punggung.
No comments:
Post a Comment