Saturday, February 14, 2009

14 februari


selamat hari valentine.

saya yakin, dengan tibanya 14 februari, akan ada risalah-risalah yang diedarkan oleh persatuan-persatuan yang berasa bertanggungjawab untuk menginsafkan sesetengah muslim yang berfikir untuk 'menyambut' hari kekasih ini.




tiada masalah sebenarnya dengan edaran itu semua, ini negara demokrasi. tetapi, harap kamu juga tidaklah ingin menengking sesiapa yang tidak inginkan risalah anda itu.


entri ini tiada kaitan sebenarnya untuk memperkecilkan usaha mereka yang merasa remaja melayu/islam kini perlu diselamatkan. cuma, kenapa perlu pada hari itu sahaja?

kenapa tidak berdiri sahaja dari isnin hingga ahad, di pintu masuk taman klcc itu, dan edarkan kepada mereka? mungkin juga di sekitar taman tasik titiwangsa?

saya tidak berapa faham dengan istilah 'menyambut' itu.

adakah keluar tengok wayang menyambut?
bagaimana pula dengan makan tengahari bersama?
atau mungkin berjalan di sekitar kuala lumpur?

kalau ye, jadi, maksudnya, separuh dari warga melayu/islam 'menyambut' hari valentine tiap-tiap hari, lebih-lebih lagi hari minggu.

maaf, jika entri ini menyinggung hati. saya cuma tidak mengerti dengan istilah 'menyambut' itu.




harap, selepas ini, jika ingin dikeluarkan risalah-risalah ilmu seperti itu, penyelidikan dilaksanakan dengan lebih mendalam, bukan sekadar sejarah hari valentine's itu, di mana saya sendiri boleh google dalam internet.


dah, nak mandi.

No comments: