Saturday, February 7, 2009

fikiran yang penuh dengan warna merah

beberapa perkara terlintas di hati dan kepala.

1. jika anda pernah berjogging/berjalan di taman tar ketika waktu petang, mungkin untuk beriadah, anda mungkin akan terkejut dengan kehadiran beberapa ekor monyet di sekitar kawasan itu. tambahan pula, jika anda berseorangan, dan anda merupakan seorang perempuan. serius, memang takut/cuak. saya, walaupun sudah biasa ke situ, saya tetap tidak dapat merasakan selamat di situ. mereka yang memberi makan kepada monyet-monyet itu, amatlah mengkagumkan saya.

2. kereta ferrari itu memang mengancam. saya jatuh cinta dengannya. serious, saya faham kenapa sesetengah orang menghabiskan duit untuk membeli kereta terseksi itu. tambahan pula, ianya berwarna merah. nyum. if its a man, memang saya dah peluk ciumlah.

3. mia masih sakit. sudah beberapa bulan saya tidak bermain dengannya. insyallah, isnin ini saya akan tahu tentang status nya.

No comments: