Sunday, March 15, 2009

kembali

sudah lama rasanya tidak menulis panjang di sini.

mungkin saya sudah sedikit malas, malas untuk menulis tentang hidup, tentang pengalaman saya.


teruk rasanya, seolah saya sudah tidak ada jiwa, kerana saya memang suka untuk menulis.

bukan menulis cerita fiksyen, tetapi menulis kisah hidup saya, bukan untuk bacaan sesiapa, tetapi untuk bacaan saya di masa hadapan.


mungkin inilah yang dirasai sesetengah manusia apabila mereka mengatakan bahawa mereka sudah hilang inspirasi, motivasi, punca.


tetapi, sedikit, saya sudah seperti hidup.

dan kini, si gila kembali.

No comments: