Friday, June 12, 2009

short stories

aktiviti semalam di short storykan.

1. bergaduh dengan en nasir, tentang benda-benda remeh yang perempuan biasa lakukan, lalu menangis mengalir air mata deras. en nasir lari meninggalkan saya sendirian di rumah. kemudian, beberapa minit selepas bercakap di telefon, en nasir datang semula.

2. saya telah menggunting rambut. sudah rimas dengan rambut yang panjang-panjang, juga memudahkan saya untuk mula bekerja nanti, tidak perlu memikirkan tentang ingin mengeringkan rambut pagi-pagi.

3. en nasir dan saya telah ke starbucks, melepak sekejap, sebab dah lama tidak ke sana. seperti biasa, java chip menjadi penyeri meja kami.

4. en nasir dan saya telah bersama-sama membuang tahi-kucing-yang-berlambak-sampai-satu-rumah-bau-tahi. aduhai, pedih mata dan hidung kami. wahai kawan-kawan, inilah satu kelecehan membela kucing, tambahan lagi kalau ada 7 ekor mcm saya.

5. sebelum tido, saya mendengar lagu-lagu pilihan bruce springsteen yang boleh didapati jika kita membeli majalah uncut bulan ini. BARU SAYA TAHU KENAPA BRUCE SPRINGSTEEN INI SEPERTI LEGEND (memang legend) DI AMERIKA. sedikit folk, which has always been my favourite kind of music tapi bob dylan sahaja yang saya tahu, juga sedikit rock with the roll. sure, lepas ni bruce akan menjadi peneman tido saya.

dan, malam ini, akan menonton wayang cerita 'jangan pandang belakang congkak' (?). wtf! tapi, macam orang selalu kata, 'it is not what you do, it is the people that you do it with'. dan saya akan menonton dengan orang-orang kegemaran saya.

No comments: